Pelaksanaan zon khas motosikal yang dilancarkan pada Rabu di beberapa lokasi lampu isyarat di bandar raya ini disambut baik warga kota namun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta membuat penambahbaikan khususnya bagi mendidik dan memaklumatkan pengguna jalan raya agar objektifnya tercapai.
Tinjauan Bernama semalam mendapati masih ramai penunggang motosikal tidak mematuhi penstrukturan trafik yang baharu itu berikutan masih kabur mengenai fungsi petak khas yang dicat dengan warna merah dan putih itu.
Warga kota yang ditemui Bernama mengakui ramai penunggang motosikal masih keliru dengan pelaksanaan sistem itu menyebabkan mereka tidak memberhentikan motosikal di petak khas dan sebaliknya masih berhenti di petak kuning dan laluan pejalan kaki.
Pekerja kontrak Shafie Omar, 53, berkata DBKL perlu meletakkan lebih banyak papan tanda di zon khas berkenaan supaya pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal menyedari mengenai peraturan baharu itu.
"DBKL perlu pergiatkan kempen supaya orang awam tahu tentang fungsi dan kepentingannya terhadap keselamatan pengguna jalan raya... saya yang bekerja berhampiran sini (zon motosikal) pun tidak tahu kewujudannya," katanya.
Peniaga Abdul Rahman Asbari, 43 pula berkata inisiatif yang diambil oleh DBKL itu merupakan langkah yang baik namun ia perlu seiring dengan pemantauan pihak berkuasa supaya pengguna jalan raya lebih berdisiplin dalam mematuhi peraturan baharu itu.
"Usaha ini memang bagus, tetapi ia akan jadi sia-sia jika tiada pemantauan di kawasan tersebut. Bila pengguna patuh, keadaan kenderaan lebih tersusun dan tiada lagi masalah seperti kes motosikal terlanggar cermin sisi kereta," katanya.
Pekerja agensi pelancongan T. Sarah, 57, pula meminta DBKL membuat pengubahsuaian petak khas itu, agar sesuai dengan situasi trafik di bandar raya ini.
"Adalah lebih baik wujudkan zon motosikal itu di bahagian tepi jalan, bukan di petak hadapan.
"Penunggang motosikal masih perlu mencelah di antara kenderaan lain untuk ke hadapan, keadaan ini tetap sama menyusahkan dan tiada bezanya dengan situasi sebelum ini," katanya.
Pada Rabu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata penstrukturan trafik itu adalah bagi menjamin keselamatan pejalan kaki untuk melintas dan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal berhenti dalam keadaan selamat.
Langkah itu bertujuan mengurangkan kes jenayah yang sering berlaku di jalan raya seperti jenayah ragut dan pecah cermin kereta.
Beliau berkata setakat ini DBKL menyediakan zon motosikal di tiga lokasi merangkumi Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Penstrukturan trafik itu, setakat ini melibatkan tiga lokasi, bertujuan menjamin keselamatan pejalan kaki dan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal berhenti dalam keadaan selamat. --fotoBERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.