Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan panas sekitar Brickfields bagi mengesan pihak yang melakukan jenayah terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Timbalan Pengarah Perancangan Bandaraya DBKL, Rosli Nordin berkata pemasangan CCTV itu adalah perlu bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti penjenayah serta mengekang masalah jenayah yang membabitkan golongan OKU.
"DBKL ada memperuntukkan bajet dalam usaha menjadikan bandar kawasan selamat. Kita akan pasang CCTV di kawasan panas seperti di kawasan orang ramai dan sekolah," katanya pada sesi ramah mesra 'Be Safe, Feel Safe' hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab permasalahan yang disuarakan oleh seorang kakitangan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Sahmar Saad, 47, yang juga OKU penglihatan.
Dalam perkembangan lain, Rosli berkata DBKL juga akan mengkaji dan menyediakan laporan lengkap untuk mewartakan Brickfields sebagai bandar mesra OKU seperti yang dicadangkan oleh Sahmar yang mewakili kira-kira 80 OKU penglihatan pada majlis itu.
"DBKL perlu ada perancangan teliti yang merangkumi semua aspek seperti sosial, infrastruktur dan kemudahan. Laporan lengkap juga akan disediakan dalam masa terdekat dan dibawa ke pihak kementerian supaya dapat dibentangkan di Parlimen," katanya.
Sementara itu seorang lagi OKU penglihatan, Mohd Khairi Sulaiman, 49, turut meminta pihak DBKL supaya mengambil tindakan terhadap orang ramai yang memparkir motosikal di atas laluan pejalan kaki dan menutup lubang longkang dengan sebaiknya.
"Keadaan sebegini amat merbahaya buat kami yang tidak nampak. Motosikal yang diparkir atas laluan pejalan kaki membuatkan kaki kami terkena ekzos panas dan beg kami tersangkut di handle motosikal.
"Mengenai penutup longkang yang dilarikan dan lubang saluran air hujan, ia juga berbahaya kepada kami, sampaikan ada antara kami yang terseliuh akibat terjatuh ke dalam lubang," katanya yang juga merupakan kakitangan MAB.
Program yang dianjurkan sempena sambutan 10 tahun Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) itu turut dihadiri wakil daripada DBKL, Polis DiRaja Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Rukun Tetangga Sektor Brickfields.
LA21 KL yang mula dilaksanakan sejak 2005 merupakan program yang menekankan penglibatan tiga pihak iaitu DBKL, masyarakat serta sektor swasta untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.
Bernama
Fri Oct 07 2016
Kawasan sekitar Brickfields menjadi laluan penting bagi golongan OKU penglihatan yang mencari rezeki. - Foto sumber marriedtoourbackpacks.files.wordpress.com
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Deepavali: Little India Brickfields jadi tumpuan beli persiapan akhir
Little India Brickfields terus menjadi tumpuan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan segar serta kelengkapan lain perayaan pada harga diskaun sehingga 50 peratus sebagai persiapan akhir.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan Bangladesh
Dua lelaki didakwa membunuh rakan, seorang warga Bangladesh di Jalan Travers, dua minggu lalu.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
PM buat tinjauan persiapan Deepavali
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkesempatan membuat tinjauan persiapan penganut Hindu menyambut Deepavali di Brickfields malam ini.
Imigresen serbu penempatan pendatang tanpa izin dalam kontena tiga tingkat
Sebuah penempatan pendatang tanpa izin di dalam kontena tiga tingkat di Brickfields, diserbu Jabatan Imigresen, Sabtu lepas.
Polis buru suspek umpil kereta di Brickfields
Mangsa meletakkan kenderaan miliknya itu dalam keadaan berkunci di tempat kejadian sekitar jam 10 malam pada Rabu dan hanya menyedari kereta tersebut hilang pada Jumaat.
Empat lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM100,000
Dalam serbuan itu, polis menjumpai dadah jenis Methamphetamine seberat 2.01 kilogram dan heroin seberat 2.72 kilogram di beberapa premis.
Polis nafi halang individu tak lengkap vaksin masuk pusat beli-belah
Siasatan awal mendapati ada kemungkinan pelanggan tersilap membuat tafsiran terhadap penjelasan polis bantuan itu berkaitan perubahan SOP.
Tiga ditahan bantu siasatan jual vaksin COVID-19 - Polis
Polis menahan tiga warga tempatan di sekitar Putrajaya dan Brickfields, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan vaksin COVID-19 menerusi panggilan telefon secara rawak, semalam.
Projek PR1MA terbengkalai akan diteruskan semula
Shahidan Kassim berkata tiada keperluan untuk membatalkan projek itu memandangkan projek tersebut berdaya maju dan boleh dijual dengan cepat.