awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan

Bernama
Bernama
30/09/2020
20:45 MYT
DBKL perkenal kaedah pembayaran baharu caj tempat letak kereta bahu jalan
DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di ibu negara, mulai hari ini (1 Okt).
Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantikan penggunaan mesin yang berakhir semalam.
Kenyataan itu turut memaklumkan DBKL sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan Boost dan Touch n Go e-dompet bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.
"Pada ketika ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.
"Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan semalam.
Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#tempat letak kereta
#bahu jalan
#parkir
#bayaran
#perancangan
#integrasi
#Touch n Go
#e-dompet
#boost
#kaedah pembayaran
#pengguna
#caj
#kadar
#aplikasi
#mesin
#pas harian
#pas bulanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan