awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL roboh stor haram

Sinar Harian
Sinar Harian
14/10/2021
21:45 MYT
DBKL roboh stor haram
Struktur kediaman dijadikan stor di Jalan Batu Belah, Pusat Bandar Utara dirobohkan dalam operasi tindakan khas oleh DBKL pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah struktur stor yang dibina tanpa kelulusan perintah pembangunan di Jalan Batu Belah, Pusat Bandar Utara dirobohkan dalam operasi tindakan khas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Khamis.
Unit Media DBKL menerusi kemas kini di Facebook berkata, tindakan dilaksanakan hasil maklumat dan aduan awam serta pemantauan oleh pasukan Teknikal Pembangunan DBKL.
Sumber Facebook dbkl2u
Menurut kenyataan itu, notis penguatkuasaan telah diberikan kepada pemilik premis itu namun ingkar mematuhi arahan yang ditetapkan sehingga tempoh notis tersebut tamat.
"Tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 70, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Seksyen 26, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 melibatkan kesalahan mendirikan struktur tambahan tanpa kebenaran.
"Pemilik turut melakukan kesalahan menukar kegunaan sebahagian lot daripada kediaman kepada stor (simpanan barang-barang perniagaan) tanpa perintah pembangunan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah kenyataan itu, tindakan sita dan pindah barangan turut dilakukan terhadap premis berkenaan dan kesemua barangan dihantar ke Stor Sitaan DBKL untuk proses penyimpanan dan dokumentasi.
Unit media DBKL berkata, pihaknya memandang serius terhadap sebarang pembinaan tambahan struktur haram dan menukar aktiviti kegunaan kediaman kepada stor atau perniagaan tanpa kelulusan perintah pembangunan.
"Tindakan ini akan menyebabkan masalah kacau ganggu, kesesakan lalu lintas dan kebersihan di kawasan kediaman sedia ada di Kuala Lumpur.
"Semua pemilik kediaman atau mana-mana premis dinasihatkan agar mengikuti garis panduan dan membuat permohonan kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian atau pembinaan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#stor haram
#DBKL
#Jalan Batu Belah
#pasukan Teknikal Pembangunan DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan