awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tangguh penguatkuasaan larangan penjualan minuman keras hingga 31 Okt

Bernama
Bernama
30/09/2021
21:00 MYT
DBKL tangguh penguatkuasaan larangan penjualan minuman keras hingga 31 Okt
DBKL dalam kenyataan memaklumkan penangguhan penguatkuasaan larangan itu bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan minuman keras di Kuala Lumpur. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina sekitar ibu negara yang dijadualkan berkuat kuasa esok, ditangguhkan sebulan lagi hingga 31 Okt.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penangguhan penguatkuasaan larangan itu bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan minuman keras di Kuala Lumpur.
"Kemudahan akses minuman keras telah menjadi aduan dan bantahan kerana mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan pada masa ini, pemilik Lesen Minuman Keras (LMK) runcit masih dibenarkan menjual minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina hingga 31 Okt ini.
DBKL sebelum ini mengeluarkan Garis Panduan LMK, yang telah diguna pakai berkuat kuasa 15 Nov 2020, yang mana garis panduan itu antara lain menyatakan bermula 1 Okt 2021 (esok) penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#DBKL
#Kuala Lumpur
#lesen minuman keras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan