Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan bantahan terbuka terhadap tindakan Kementerian Belia dan Sukan yang mengubah nama Hari Sukan Negara kepada Malaysia Sports Challenge (MySC19), seperti mana yang diumumkan pada Rabu.
Menerusi satu kenyataan yang diedarkan kepada media, DBP bertegas ia tidak selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.
Akta berkenaan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunakan sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Menurut DBP, jika KBS perlu mengadakan program di luar negara, bahasa Melayu masih boleh digunakan bersama bahasa Inggeris.
"Sekiranya program dan aktiviti diadakan di peringkat antarabangsa, DBP mencadangkan agar nama program dibuat secara dwibahasa iaitu mendahulukan bahasa kebangsaan dan diikuti dengan terjemahan," katanya.
BACA: Malaysia Sport Challenge 2019 ganti Hari Sukan Negara
Pada masa sama, DBP menyarankan agar pihak kementerian dan agensi kerajaan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai identiti negara dan perpaduan dalam semua program peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa.
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Steven Sim Chee Keong yang mengumumkan MySC19 pada Rabu menyatakan penggunaan nama tersebut diubah kepada bahasa Inggeris kerana ia mampu meningkatkan prestij program bukan saja dalam tetapi di luar negara.
Majlis Pra-Pelancaran MySC19 akan diadakan pada 14 September 2019 dan pelancaran dijangka pada 1 Oktober ini.
Ia mensasarkan seramai 5 juta penyertaan dengan melibatkan semua golongan termasuk warga emas, belia, orang kurang upaya (OKU) dan wanita.
Faris Danial Razi
Thu Aug 22 2019
DBP bertegas ia tidak selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. - Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
DBP tidak setuju MySC19 ganti Hari Sukan Negara
Menurut DBP, jika KBS perlu mengadakan program di luar negara, bahasa Melayu masih boleh digunakan bersama bahasa Inggeris.