KUALA LUMPUR: Masa yang dinanti hampir tiba!

Selepas sekian lama menunggu, Debat Perdana membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya membuka gelanggang dari Auditorium MATIC di ibu negara, pada Khamis, 12 Mei 2022.

Kehangatan semakin terasa, keterujaan makin membara tatkala rakyat Malaysia menantikan hujah, buah fikiran, lontaran idea dua tokoh politik terkemuka ini. 

Adakah kelantangan Anwar mampu ‘meredupkan’ sindiran Najib atau adakah kata-kata sinis Najib berjaya ‘menenggelamkan’ Anwar?

Semua persoalan menjurus kepada usaha-usaha menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (Sapura Energy), bakal terjawab pada Khamis dan Astro AWANI akan menyiarkan debat itu secara langsung pada jam 9.00 malam di Saluran 501, astroawani.com dan aplikasi Live TV Astro AWANI.

Media bersama yang turut mendokong debat ini adalah Sinar Harian, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette.

BACA: Debat Perdana Anwar-Najib: Budaya debat sihat, matangkan demokrasi negara - MBM

Gelanggang sudah tersedia, kini hanya menunggu tokohnya membuka hujah dan bicara.

Nantikan ...