KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpandangan kerajaan mana pun yang memerintah, perlu terus berpegang kepada prinsip menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi.
Sewaktu berhujah di Majlis Debat Perdana malam ini, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan Barisan Nasional sewaktu zaman beliau mengambil pendekatan untuk mengadakan projek mega yang boleh mewujudkan banyak peluang pekerjaan.
Namun, katanya lagi, semua itu tidak boleh berjalan melainkan Malaysia kembali mempunyai kestabilan politik.
“Saya nak ajukan soal infrarakyat, untuk rakyat (projek berkaitan) connectivity mesti diteruskan, sebab ini boleh jana pendapatan. Berjuta-juta pekerjaan boleh diwujudkan, umpamanya ECRL yang telah dilewatkan oleh kerajaan PH dahulu, High Speed Rail, Pan Borneo, MRT3, LRT3, Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange … ini boleh bangunkan ekonomi negara.
“Tapi, saya nak sebut, tapi ini semua premisnya apa? Perlu ada kestabilan politik. Jangan ulang balik, empat tahun sejak pilihan raya umum, kita ada tiga kerajaan, tiga Perdana Menteri. Tak mungkin orang yakin pada negara kalau tak ada kestabilan politik. Ini mesti kita lakukan untuk menjamin masa depan kita,” tegasnya lagi.
Najib berkata, jika kestabilan politik dapat dikembalikan, maka tidak mustahil Malaysia boleh mengambil model Korea Selatan sebagai contoh, dan mempunyai syarikat berkaitan kerajaan seperti Samsung, LG, dan Hyundai.
Najib berkata demikian dalam program Debat Perdana bersama Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di ibu negara, malam ini.
Mengulas lanjut, Najib berkata, atas sebab itu kerajaan tidak boleh sekadar mempunyai Petronas sahaja, sebaliknya melihat cara yang terbaik untuk mengekalkan syarikat berkepentingan, termasuk Sapura Energy Bhd yang turut menjadi topik pendebatan malam ini.
“Kita nak bukan saja Petronas, kita nak syarikat seperti Sapura. Sebab itu saya terkilan bila (Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad menjual IHH pada Jepun, sebab ia merupakan syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan kedua terbesar, dan sepatunya menjadi menjadi flagship Malaysia.
“Dan pada itu, jangan lupa rakyat. Asasnya rakyat, selain pekerjaan, mobiliti sosial, biar kita wujudkan peluang maksimum peluang kepada rakyat, tak kira bandar, luar bandar, supaya rakyat dapat kebajikan, keuntungan, dan kebahagiaan,” tegasnya lagi.
Najib berkata ketika ini Malaysia berada di persimpangan jalan untuk menentukan masa depan negara, dan rakyat perlu melihat dan memilih pihak mana yang mempunyai pelan terbaik untuk menjayakan agenda itu.
Firdaus Azil
Thu May 12 2022

Najib berkata ketika ini Malaysia berada di persimpangan jalan untuk menentukan masa depan negara, dan rakyat perlu melihat dan memilih pihak mana yang mempunyai pelan terbaik untuk menjayakan agenda itu. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Debat Perdana: Fahmi Fadzil tidak puas hati, banyak 'syarat' diletak 'team Najib'
Terdapat banyak kekangan atau syarat yang diletakkan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.

Jadikan kombinasi hujah debat Najib-Anwar kerangka dasar negara - Zahid
Wacana intelektual harus diadakan dengan lebih kerap supaya bukan hanya mahu merungkaikan permasalahan sesuatu kumpulan, lebih penting supaya rakyat diberikan kefahaman.

Debat Perdana: Najib, Anwar bentang fakta zaman siapa lebih hebat urus kewangan negara
Najib pernah menjadi Menteri Kewangan antara 2008 hingga 2013, manakala Anwar pula antara 1991 hingga 1998.

Debat Perdana: Najib mahu 'besarkan kek ekonomi', Anwar jawab 'jangan makan kek seorang'
Najib mendakwa, PH hanya mengecilkan 'kek ekonomi' dengan mengambil langkah menjual aset kerajaan sewaktu 22 bulan memerintah

Debat Perdana: 'Banyak mana projek mega pun, integriti perlu ada' - Anwar
Anwar berkata, penyelewengan daripada projek berskala besar boleh timbul sekiranya tidak dibahaskan secar telus dan terbuka di Parlimen.

Debat Perdana: Malaysia perlu syarikat seperti Hyundai, LG dan Samsung - Najib
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Kerajaan BN zaman beliau mengambil pendekatan wujudkan projek mega, bagi menghasilkan peluang pekerjaan.

Debat Perdana: Misi hala tuju negara perlu dimula dengan kembalikan keyakinan rakyat - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, rakyat dilihat sudah mual dengan percaturan politik serta rencana pemunggahan kekayaan oleh elitis politik.

Debat Perdana Anwar - Najib, bukti politik Malaysia lebih terbuka dan sihat
Pertembungan dua sosok tokoh politik negara di pentas perdebatan itu bukti kematangan demokrasi di Malaysia.

'Saya pun nak dengar debat Najib - Anwar'
"Saya tak boleh nak nasihat mereka, lantak merekalah. Dia (Najib dan Anwar) nak cakap, biarlah dia cakap."

Debat Perdana Anwar-Najib: Budaya debat sihat, matangkan demokrasi negara - MBM
Debat Perdana diantara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disifatkan sebagai budaya mematangkan demokrasi dalam negara.