awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat terakhir bersama Biden amat menakjubkan - Trump

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2020
23:58 MYT
Debat terakhir bersama Biden amat menakjubkan - Trump
Donald Trump ketika berucap sempena kempen pilihan raya presiden AS di Pensacola, Florida, 23 Okt, 2020. (Foto AP)
PRESIDEN Donald Trump menyifatkan pusingan kedua dan terakhir debat presiden Amerika Syarikat (AS) antara beliau dan calon Demokrat Joe Biden sebagai menakjubkan dan menyeronokkan.
Calon Republikan itu berentap di pentas debat ini pada Khamis malam sebelum hari pengundian pada 3 November depan.
Perdebatan yang berlangsung di Tennessee banyak membawa isu yang lebih substantif dan kurang serangan berbentuk peribadi sepertimana dalam pertemuan pertama mereka pada hujung September.
"Inilah kehidupan saya. Adakah saya ada pilihan? Inilah apa yang saya telah usahakan selama ini dan seterusnya, fokus kepada kempen.
"Debat malam tadi merupakan satu kejayaan besar," katanya kepada pemberita di pejabat beliau di Washington pada Jumaat .
Beliau menyifatkan segalanya berjalan lancar dan sangat baik pada pusingan akhir debat sempena pilihan raya presiden itu.
"Kita terima maklum balas baik, undian yang baik dan semuanya baik. Mereka mendapat 91% ke 99%. Ia petunjuk yang baik. Kedatangan penonton menakjubkan.
"Sekali lagi saya katakan, ia adalah malam yang menggembirakan," katanya.
Trump berkata, beliau mengambil pendekatan berterus terang, yang dilihat lebih popular.
"Ya, saya rasa pendekatan satu lagi lebih efektif dari segi perniagaan dan kehidupan. Saya rasa sudah cukup bagus pada kali pertama. Ada beberapa kumpulan individu yang sangat agresif yang sukakan debat pertama itu.
"Tetapi, saya rasa ini lebih baik. Jelas, ini cara yang lebih popular. Dan, saya rasa, saya mahu melakukannya dengan mengikut peraturan," tambahnya.
Walaupun tinjauan menunjukkan Trump kini berada di belakang pesaingnya, beliau sekali lagi meramalkan kemenangan dalam pilihan raya presiden bulan depan.
Topic Berkaitan
#debat
#pilihan raya presiden
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Joe Biden
#pendekatan berterus terang
#popular
#ikut peraturan
#agresif
#debat pusingan kedua
#debat pusingan akhir
#Republikan
#Demokrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan