SAMARAHAN :Pendedahkan terhadap lokasi yang pernah dikunjungi oleh individu positif COVID-19 yang melibatkan premis-premis di Sarawak bukan bertujuan untuk menyusahkan pemilik premis.
Sebaliknya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, langkah itu diambil atas dasar kepentingan dan keselamatan orang ramai.
Ujarnya, dengan cara itu, mereka yang pernah berkunjung ke premis yang disenaraikan boleh tampil untuk melakukan ujian saringan.
"Tiada tujuan lain. Kita tidak bertujuan untuk menyusahkan pemilik kedai. Malah, mereka juga ingin tahu sekiranya terdapat pelanggan yang berkunjung ke premis mereka.
"Jadi kita berharap semua pihak memberikan kerjasama. Sama seperti yang berlaku di Sibu baru-baru ini. Mereka keluar (melakukan saringan) dan pihak kita memperoleh sampel sehingga lebih 10 ribu," katanya.
Jelas beliau lagi, dalam meningkatkan tahap keselamatan awam di negeri berkenaan, pihak JPBN Sarawak juga ada berbincang serta meneliti keputusan untuk mendedahkan pergerakan pesakit COVID-19.
"Ini bertujuan untuk menentukan bahawa sekiranya terdapat individu yang telah melawat tempat (yang dikunjungi pesakit COVID-19) pada tarikh dan waktu yang tertera, mereka boleh ke hospital atau pusat kesihatan bagi membuat saringan. Jadi, ini penting," tegas beliau.
Mengulas mengenai pusat kuarantin di seluruh Sarawak, Uggah memaklumkan ia masih mencukupi.
Dalam masa yang sama, pihak JPBN Sarawak juga akan berupaya mengimbangi jumlah penerbangan masuk ke Sarawak dengan kuantiti pusat kuarantin di negeri itu.
"Kita melihat kepada beberapa kes sebelum ini. Terdapat individu yang didapati positif pada hari ke 11 atau 12 (selepas kuarantin), maka atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, kita menyambung semula perlaksanaan kuarantin 14 hari seperti sebelum ini.
"Mungkin agak menyusahkan. Ini termasuk ada yang dikenakan bayaran dan ada yang tidak dikenakan bayaran. Namun, ini adalah norma baharu. Jadi saya berterima kasih kepada semua atas pengorbanan mereka," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di pasar Bandar Riyal Samarahan pada Sabtu.
Astro Awani
Sat Jan 23 2021

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pendedahan lokasi premis yang pernah dikunjungi pesakit COVID-19 adalah untuk memudahkan orang ramai tampil membuat saringan. - Gambar Fail

Shahrizat kekal sebagai Presiden PARFUM 2021/2022
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi 2021/2022.

AWANI Ringkas: Seks luar tabii: Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan | MARDI perkenal dua varieti padi baharu

NADMA sedang kenal pasti anggota APM terima suntikan vaksin fasa pertama
NADMA sedang mengenal pasti barisan hadapan dalam kalangan pegawai dan anggota APM yang akan diberi suntikan vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

AWANI Ringkas: Suspek rempuh kenderaan ditahan reman | Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN

AWANI Ringkas: Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh tol | COVID-19: 2,364 kes baharu, 10 kematian

COVID-19: Terus patuhi SOP sehingga imuniti kelompok tercapai - KP Kesihatan
Semua pihak termasuk individu yang telah menerima vaksin COVID-19 perlu terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) sehingga imuniti kelompok tercapai.

Agenda AWANI Asia : Vaksin COVID-19 : Jalan menuju imuniti kelompok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan membuka pintu kepada usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok sebagai jalan keluar daripada pandemik COVID-19. Dalam soal program vaksinasi dan pembangunannya, apa yang boleh kita belajar daripada negara lain terutamanya China?

Laporan Khas | Pasir, pembangunan atau kemusnahan?
17 Feb menyaksikan tebing runtuh di Kampung Pohon Celagi Pasir Mas yang menyebabkan 45 keluarga terpaksa dipindahkan. Ada yang kata ia berpunca daripada aktiviti menyedut pasir di Sungai Kelantan. Namun setakat mana kebenaran ini? Ikuti laporan khas, pasir untuk pembangunan atau kemusnahan?

Ingkar PKP: Denda RM10,000 agak berlebihan - Lee Lam Thye
Lee berkata bukan semua mampu membayar RM10,000 terutama dalam keadaan ekonomi mencabar.

Vaksin Sinovac sama berkesan
Vaksin COVID-19 Sinovac keluaran China yang diterima Malaysia hari ini berkesan dalam mencegah jangkitan COVID-19 sama seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Dedah lokasi premis untuk mudahkan orang ramai tampil buat saringan - Uggah
Pendedahan lokasi premis yang pernah dilawati oleh pesakit COVID-19 bukan bertujuan untuk menyusahkan pemilik, sebaliknya untuk keselamatan.

Vandalisme di hotel kuarantin: Suspek disyaki alami masalah mental
Selain bilik, suspek turut melakukan kekacauan di lobi hotel dengan membakar botol cecair pembasmi kuman.

Penutupan Hospital Umum Sarawak adalah palsu, hospital masih beroperasi seperti biasa - Pengarah JKN Sarawak
Berita tular yang mengatakan hospital itu ditutup adalah palsu malah pengoperasiannya tetap berjalan seperti biasa dengan pematuhan ketat SOP,