GEORGE TOWN: Sebelum ini, kawasan Little India di Lebuh Pasar di sini yang menjadi tumpuan penganut Hindu membeli-belah untuk persiapan menyambut Deepavali 'sunyi' susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.
Namun, suasana itu berubah apabila ia kembali meriah tahun ini setelah beberapa kelonggaran dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) diberikan dan rata-rata pengunjung mula membuat persiapan awal bagi sambutan Pesta Cahaya pada 4 November ini.
Para peniaga juga menarik nafas lega apabila premis mereka mula dibanjiri orang ramai sejak minggu lepas bagi mencari pakaian baharu, aksesori, kuih seperti muruku dan manisan.
Pervinder Singh, 40, yang berniaga pakaian berkata beliau gembira kerana jumlah pelanggan semakin meningkat walaupun bukan pada cuti hujung minggu selepas aktiviti merentas negeri dibenarkan dan hasil perniagaannya juga meningkat hingga 80 peratus berbanding tahun lepas.
"Saya perlu membuka kedai lebih awal bermula 7.30 pagi hingga 9.30 malam sempena Deepavali kali ini bagi membolehkan orang ramai mempunyai lebih banyak masa untuk membeli-belah, dijangka Jumaat hingga Ahad ini pelanggan dari Kedah, Perak dan negeri berhampiran akan ke sini untuk membeli persiapan perayaan ini," katanya kepada Bernama di sini.
Seorang peniaga manisan, kacang dan muruku M. Thanaraj, 38, berkata beliau telah berniaga di kawasan Little India sejak 20 tahun lepas dan tahun ini persiapan penganut Hindu untuk perayaan Deepavali lebih meriah walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Tahun lepas dan sebelumnya, jumlah jualan kacang, muruku dan kuih-muih murudum kerana pandemik COVID-19 berikutan sambutan yang sederhana malah ramai yang tidak dapat pulang ke kampung halaman.
"Kali ini nampaknya Little India semakin meriah sejak dua minggu lepas apabila orang ramai membuat persiapan awal bagi meraikan Pesta Cahaya dan saya berharap jualan kali ini akan kembali meningkat," katanya.
Pengunjung juga dilihat teruja berbelanja kerana tahun ini dapat meraikan perayaan itu bersama keluarga di kampung halaman walaupun dengan pematuhan SOP bagi mengelak penularan COVID-19.
Seorang guru, K. Rajeswari, 40, berkata beliau dan suami bersama tiga anak telah mula membuat persiapan untuk sambutan perayaan Deepavali sejak minggu lepas.
"Tahun ini sambutan lebih meriah berbanding dua tahun lepas kerana pertama kali keluarga saya terutama kakak yang berada di Selangor akan pulang ke Butterworth untuk meraikan Deepavali bersama-sama, paling teruja adalah ibu saya," katanya.
Bagi T. Suguna, 49, beliau tidak berkesempatan menyambut Deepavali bersama keluarga tahun lepas disebabkan negara berdepan pandemik COVID-19 dan dalam tempoh PKP, jadi tahun ini keluarganya telah mula membuat persiapan awal sejak kebenaran merentas negeri dibenarkan.
"Saya membeli barangan dan kelengkapan Deepavali lebih awal...hari ini saya datang ke sini (Little India) untuk membeli pakaian baharu, selain mencari juadah seperti muruku dan manisan untuk dijadikan hidangan kepada tetamu yang hadir ke rumah keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Penganut Hindu membeli-belah di Lebuh Pasar sebagai persiapan menyambut perayaan Deepavali yang hanya tinggal beberapa hari lagi. - Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.