KUANTAN: Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad menjangkakan 692,000 kenderaan akan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini, iaitu meningkat 73 peratus daripada jumlah purata trafik harian biasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Imran Gulcharan Abdullah berkata jumlah aliran trafik di LPT1 pula dijangka sebanyak 284,000 iaitu meningkat 58 peratus bagi tempoh sama.
"Sebagai persediaan, ANIH Berhad menambah bilangan kakitangan sokongan lebih daripada 60 peratus terdiri daripada petugas di plaza tol, pasukan LPT Ronda dan pasukan pusat kawalan trafik (TCC) sepanjang tempoh itu selain bersedia membuka laluan tambahan tol jika perlu.
"Seramai 150 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditempatkan di kawasan strategik di seluruh lebuh raya bagi memastikan kelancaran trafik," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Imran juga menggalakkan pengguna lebuh raya untuk menjadikan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan sebagai panduan antaranya pada hari ini dan esok, mereka yang ingin ke Kelantan dicadangkan memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi atau selepas 5 petang, ke Terengganu (sebelum 10 pagi atau selepas 8 malam) dan ke Pahang (selepas 10 pagi atau 8 malam).
Bagi perjalanan ke ibu negara atau Selangor pada Isnin ini, pengguna dari Kelantan disarankan memasuki lebuh raya selepas 3 petang atau 10 malam, dari Terengganu (selepas 11 pagi atau 5 petang) dan dari Pahang (selepas 10 pagi atau 5 petang) .
Pengguna Touch 'n Go juga diingatkan untuk menyentuh kad pada alat pengesan di lorong tol plaza walaupun kerajaan telah mengumumkan tol percuma sempena perayaan Deepavali, selain perlu memastikan keluar dari lebuh raya pada hari dan tempoh yang telah ditetapkan bagi menikmati tol percuma.
Pengguna boleh mengikuti akaun Facebook rasmi @Lebuhraya Pantai Timur dan Twitter @LPTTrafikserta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), @llmtrafik bagi informasi berkaitan lebuh raya dan menghubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau talian LLM 1800-88-7752 jika berlaku kecemasan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Sebanyak 692,000 kenderaan menggunakan lebuh raya KLK bagi tempoh empat hari bermula hari ini. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Pandu secara melulu dan berbahaya kesalahan tertinggi sepanjang Deepavali
Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan maut sepanjang perayaan Deepavali lepas.
Trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama menghala ke ibu negara
Trafik perlahan di beberapa lokasi seperti Bidor ke Sungkai dan Lembah Beringin ke Bukit Tagar disebabkan kemalangan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.
Deepavali disambut meriah, penuh warna-warni seluruh negara
Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali diraikan dengan penuh meriah dan warna-warni hari ini dengan penganut agama Hindu di Malaysia seawal pagi mula membanjiri kuil.
Atlet, bekas atlet terima sumbangan sempena Deepavali
MSN bersama YAKEB dan F&N sampaikan sumbangan kepada bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang sempena sambutan Deepavali.
TPM, Jemaah Menteri ucap Selamat Menyambut Deepavali
Semoga Deepavali menjadi jambatan pengukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan serta menyemai keharmonian di negara ini.
PM Anwar ajak masyarakat hayati makna Deepavali
Pesta Cahaya tidak sekadar bawa kesejahteraan, tetapi turut meneruskan perjuangan ke arah kebaikan dan keadilan demi masa depan yang lebih baik, kata PM.