Pemimpin UMNO perlu turun padang mendekati golongan sasaran bagi memastikan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) tidak terhakis menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, semua peringkat kepimpinan UMNO perlu berjumpa dengan rakyat, kumpulan sasar selain menyelami permasalahan mereka secara ikhlas dan berhemah.
"Beberapa golongan sasar seperti generasi muda, warga pendidik dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta swasta (IPTS) perlu diberikan tumpuan kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat.
"Mereka ini ternyata berperanan dalam sesuatu komuniti di samping mempunyai pertalian dengan masyarakat terutama di peringkat akar umbi," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali turut mengambil contoh bagaimana warga pendidik memiliki pengaruh tersendiri untuk memberi kesedaran kepada rakyat berhubung keberkesanan UMNO sebagai tonggak kepada kerajaan yang memerintah.
"Tetapi malangnya kita lihat ada warga pendidik seolah-olah disisihkan, sedangkan pada suatu ketika dulu mereka (kalangan guru) merupakan aset penting yang memperkasakan perjuangan UMNO.
"Mahasiswa di IPTA dan IPTS juga merupakan elemen terpenting yang mampu menpengaruhi pola dan corak pengundi pada sesuatu PRU.
"Golongan ini perlu diberikan pendekatan yang lebih konsisten dengan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat berhubung sesuatu isu," jelasnya.
Syed Ali menjelaskan, masyarakat kampus kini lebih aggresif dan mempunyai tahap pemikiran kritikal selain cepat terkesan dengan beberapa isu terkini yang memerlukan kaedah penyelesaian lebih efektif.
Tambahnya, UMNO juga perlu melihat sumbangan pengundi muda terutama di kalangan 'Generasi Y' yang merupakan majoriti pendaftar pemilih pada PRU akan datang.
"Untuk itu, semua pihak dalam kepimpinan UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan ketiga-tiga golongan tersebut mendapat perhatian dan tidak tersisih daripada wadah perjuangan parti.
"Mereka perlu didekatkan dengan aspirasi dan perjuangan UMNO kerana golongan ini sebenarnya yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO tetapi kadangkala tersisish," ujarnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menekankan, konsep setia kepada parti perlu dipupuk di setiap peringkat bagi memastikan kesetiaan terus berkekalan.
"Setia kepada parti merupakan kunci kekuatan UMNO sejak mula ditubuhkan walaupun pada peringkat tertentu berlaku pergeseran yang membawa pengunduran seseorang pemimpin.
"Pengunduran seseorang pemimpin tidak bermakna UMNO menjadi lemah sebaliknya menguatkan lagi parti kerana sudah tidak lagi anasir-anasir yang bersifat 'api dalam sekam'," katanya.
Katanya lagi, berkat bersatu dan setia menjadikan UMNO sentiasa dihormati dan disegani oleh pihak lawan.
"Kesepakatan dalam UMNO menjadi pemangkin kepada penyatuan seluruh orang Melayu dan umat Islam sehingga berada di tahap sekarang.
"Mana ada parti yang sekukuh UMNO, mana ada parti yang mampu membela nasib orang Melayu dan turut peduli kepada bukan Melayu sebagai rakyat berbilang kaum di negara ini," tegasnya.
Dalam pada itu, Syed Ali mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pucuk pimpinan parti.
"Dalam apa juga kedaaan, ahli-ahli UMNO dituntut supaya memberikan kesetiaan kepada pucuk pimpinan demi kepentingan parti walaupun kadangkala berlaku percanggahan pandangan," tegasnya.
Astro Awani
Mon Sep 19 2016
Pemimpin UMNO perlu turun padang mendekati golongan sasaran bagi memastikan sokongan rakyat terhadap BN tidak terhakis menjelang PRU.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kebolehpasaran lulusan TVET meningkat - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) setakat ini berada sekitar 97.4 peratus, hasil kolaborasi pemain industri dan institusi TVET.
Sekolah, institusi pendidikan KPM buka 20 Januari, IPT 1 Mac - Muhyiddin
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibuka pada 20 Jan mengikut takwim yang diumumkan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kemasukan semula pelajar antarabangsa ke IPT bermula 1 Januari - Noraini
Noraini bagaimanapun berkata, kebenaran itu tidak termasuk pelajar dari United Kingdom (UK).
COVID-19: Cuepacs sokong saranan KPT tangguh pendaftaran kemasukan pelajar dari zon merah
Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata ia kerana kes semasa wabak COVID-19 semakin meningkat setiap hari.
Kementerian Perpaduan pastikan kelab, sekretariat Rukun Negara diwujudkan di seluruh negara
Setakat ini terdapat 6,621 Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara sejak 2004 dan 172 Sekretariat Rukun Negara di IPT.
UNISEL nafi pensyarah terlibat dalam gabungan 115 ilmuan PhD
Dakwaan pensyarah atau institusi berkenaan terlibat dalam gabungan itu adalah tidak benar.
Larangan merokok di IPTA, IPTS dipertimbang - Kementerian
Kementerian Kesihatan sedang menimbang kemungkinan meluaskan lagi kawasan larangan merokok sehingga ke universiti.
Enam pelajar IPTA, janda antara dicekup berkhalwat
Pasangan itu antara enam pasangan yang ditahan selepas disyaki berkhalwat tanpa sebarang ikatan sah di beberapa bilik hotel sekitar Melaka.
Pelajar IPTA maut dikelar teman lelaki
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut dipercayai dikelar teman lelakinya di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gantang tengah hari tadi.
Isu PTPTN: Pendapatan lebih RM8,000 tetap dapat pinjaman
Orang ramai yang tidak menerima BR1M iminta tidak risau dengan pengurangan pembiayaan baharu PTPTN yang diumum 1 November lepas.