'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani oleh 58 individu sama sekali tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia atau 15 juta pengundi tetapi ia hanya sebuah pergerakan bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata perisytiharan itu adalah 'alasan untuk berselindung' untuk mewajarkan apa yang mereka lakukan.
"Mereka seolah-olah lupa bahawa ada mekanisme untuk melakukan sesuatu seperti itu dan mekanisme itu dipanggil pilihan raya umum," katanya dalam entri terbaru dalam blognya, sskeruak.blogspot.com.
BACA: Tun Mahathir berkawan semula dengan pihak yang gelarkannya 'Firaun'
BACA: Azmin akui 'gerakan undur Najib' berdepan cabaran
VIDEO: 4 tuntutan Deklarasi Rakyat dibaca Tun Mahathir
Katanya antara 58 menandatangani deklarasi bersama itu adalah terdiri daripada beberapa pesara politik, pegawai polis dan pegawai kerajaan serta beberapa lagi yang menggelar diri mereka sebagai pemimpin masyarakat sivil.
"Pada hakikatnya, ia tidak lebih daripada sebuah acara yang digembar-gemburkan," katanya.
Salleh berkata 'Deklarasi Rakyat' itu hanya sebuah dokumen dikitar semula dari yang dilakukan pada 1998 dan 2008.
"Tidak syak lagi mereka mengatakan ini satu pelan tindakan untuk reformasi tetapi ia tidak benar-benar merupakan pelan tindakan atau pelan induk kerana ia adalah senarai aspirasi dan keinginan," katanya.
Menurutnya 'Deklarasi Rakyat' adalah apa yang mereka ingin melihat daripada pelan bagaimana untuk mencapai aspirasi ini.
"Dalam erti kata lain, mereka tidak menawarkan penyelesaian kepada kita," katanya.
."Tambahan pula, aspirasi ini berbeza...bergantung kepada siapa anda bercakap...dengan seorang mengatakan satu perkara dan seorang lagi berkata sebaliknya," katanya.
Beliau berkata walaupun mereka menjadikan acara semalam kelihatan sebagai sebuah platform untuk menuntut pembaharuan dan perubahan namun dalam realitinya ia adalah satu gabungan yang terdiri daripada orang-orang yang menentang Najib.
"Apa yang mereka sebenarnya mahu adalah untuk memberi tanggapan bahawa langkah menyingkirkan perdana menteri disokong oleh majoriti rakyat.
"Sudah tentu, ini tidak benar...58 individu tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia mahupun tidak sama sekali 15 juta pengundi," katanya.
"Kita ada hampir 800 Anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan mereka adalah wakil sah yang dipilih oleh pengundi semasa pilihan raya umum dan pilihan raya negeri," katanya.
Bernama
Sat Mar 05 2016
SALLEH: "Apa yang mereka sebenarnya mahu adalah untuk memberi tanggapan bahawa langkah menyingkirkan perdana menteri disokong oleh majoriti rakyat" - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
'Deklarasi Rakyat' bukan 'suara 30 juta' rakyat Malaysia - Salleh
'Deklarasi Rakyat' yang ditandatangani oleh 58 individu sama sekali tidak mewakili 30 juta rakyat Malaysia atau 15 juta pengundi tetapi ia hanya sebuah pergerakan bagi menyingkirkan Perdana Menteri.