Kerajaan hari ini memutuskan untuk menghantar delegasi ke Canberra, Australia minggu depan untuk membincangkan fasa seterusnya pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata delegasi diketuai Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga akan membincangkan isu perkongsian kos antara Australia and Malaysia.
"Justeru, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Kabinet menghargai dan berterima kasih atas sumbangan Australia dalam usaha mencari MH370," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Hishammuddin berkata delegasi Malaysia juga termasuk Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri selaku Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Aset bagi MH370.
"Delegasi akan menghadiri mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, Australia dan China, dan juga memeterai Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Australia yang telah diluluskan oleh kerajaan kedua-dua negara," kata beliau.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) "KD Mutiara" yang sedang dalam pelayaran untuk menyertai operasi mencari MH370 di Australia menghadapi masalah enjin.
"KD Mutiara sekarang dalam pelayaran ke Jakarta, Indonesia untuk menilai sejauh mana kerosakan dan menjalani pembaikan, kami akan mengikuti rapat perkembangan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan," kata beliau.
Hishammuddin berkata kapal TLDM Bunga Mas 6 yang sejak empat bulan lepas berada di kawasan pencarian sejak pencarian di permukaan laut dijalankan, kini dalam pelayaran balik ke Malaysia selepas menyelesaikan misinya.
Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam usaha mencari MH370 walaupun seluruh negara sekarang tertumpu kepada nahas MH17.
"Ketika negara masih berdukacita dan terkejut dengan tragedi MH17, kami ingin memberi jaminan bahawa ingatan kepada penumpang dan keluarga MH370 tidak pernah luput dalam hati kami," kata beliau.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia, berdasarkan analisis data satelit oleh pakar daripada United Kingdom.
Misi pencarian MH370 masih diteruskan tetapi setakat ini tiada petunjuk ditemui berhubung pesawat itu.
Bernama
Wed Aug 20 2014
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 di Kementerian Pertahanan. - Foto BERNAMA
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
3 cedera ditikam di Universiti Kebangsaan Australia
Tiga individu telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan berikutan insiden tikam yang didakwa berlaku di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) pada Isnin.
Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19
Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 di wilayah itu.
COVID-19: Satu kes dilaporkan, Canberra kuat kuasa perintah berkurung
Canberra, Sydney, Melbourne dan beberapa bandar di New South Wales akan menguatkuasakan perintah berkurung susulan penularan varian Delta.
Rakyat Malaysia 'Uncle Hashim' dianugerah pingat Order of Australia
Di Australia, Uncle Hashim atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hashim boleh dianggap sebagai individu yang agak terkenal.
COVID-19: PM Australia sokong langkah Victoria perketat sekatan
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyatakan sokongan terhadap keputusan pemerintah Victoria untuk mengetatkan sekatan COVID-19.
Australia pertimbang tawar perlindungan kepada penduduk Hong Kong
Meskipun tindakan itu mungkin mengeruhkan lagi ketegangan dengan China, keadaan di Hong Kong kini amat membimbangkan.
Kebakaran hutan Australia: Pelajar Malaysia panik langit bertukar jingga di Canberra
Pelajar Malaysia yang menetap di Canberra, Australia, berkongsi detik cemas yang dialaminya susulan kebakaran hutan di benua tersebut.
Remaja maut papan selaju: Keluarga masih tunggu bantuan Wisma Putra
Selepas lebih 24 jam Mohammad Farhan Fudhail menemui ajal semasa bermain papan selaju di Australia, pihak keluarganya masih menunggu bantuan Wisma Putra dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.
Kanggaru lapar berkeliaran di bandar Canberra
Penduduk memuat naik gambar dan video menunjukkan kanggaru yang dilihat berkeliaran di luar habitat mereka di kawasan bandar dan perumahan.
Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Kedutaan Rusia di Canberra menuding jari terhadap Australia yang mengikuti United Kingdom (UK) secara membabi buta untuk mengusir dua diplomat Rusia, hari ini.