awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Delegasi Malaysia misi flotila Gaza kini berada di Menorca

Bernama
Bernama
04/09/2025
15:13 MYT
Delegasi Malaysia misi flotila Gaza kini berada di Menorca
Aktivis MAPIM Zulfadhli Khiruddin turut memohon rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan pasukan serta kejayaan misi flotila ke Gaza. - MAPIM
KUALA LUMPUR: Delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza kini berada di Kepulauan Menorca, Sepanyol, sementara menunggu ketibaan beberapa kapal lain yang berpatah balik berikutan masalah teknikal serta ribut yang melanda laluan mereka dua hari lepas.
Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) Zulfadhli Khiruddin, yang merupakan seorang daripada 15 wakil Malaysia berkata keadaan cuaca di kawasan itu kini semakin baik dan kru flotila telah menyesuaikan diri dengan rutin harian di atas kapal.
"Insya-Allah apabila kapal-kapal lain tiba di Menorca. Kami akan berkumpul dan bergerak bersama-sama ke destinasi seterusnya iaitu Tunis (ibu negara Tunisia) dan dijangka sampai dalam beberapa hari lagi," katanya menerusi kenyataan video yang dikongsi kepada Bernama hari ini.
Zulfadhli turut memohon rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan pasukan serta kejayaan misi flotila ke Gaza.
"Kami juga berharap masyarakat terus peduli terhadap nasib saudara-saudara kita di Palestin yang berdepan penindasan setiap hari. Doakan juga supaya misi kami ini berjaya memecah kepungan rejim Zionis dan membuka Humanitarian Corridor bagi membolehkan lebih banyak bantuan masuk ke Gaza," katanya.
Sebanyak 24 kapal flotila berlepas dari Pelabuhan Barcelona pada Ahad lepas, membawa mesej kemanusiaan dan bantuan asas, disertai lebih 1,000 peserta antarabangsa dari 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia.
Fasa seterusnya menyaksikan kumpulan kedua delegasi Malaysia berlepas dari sebuah pelabuhan di Itali pada 4 Sept ini, serentak dengan kumpulan ketiga yang kini berada di Tunisia.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan prinsip tanpa keganasan serta peranan kapal sebagai simbol solidariti masyarakat dunia terhadap krisis Gaza.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#delegasi malaysia
#misi Flotila
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#menorca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan