SANDAKAN: Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan kepada Ramla Lampeh, 49, bagi setiap pertuduhan bermula tarikh ditahan 10 Mei lepas dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.
Nur Faezah juga menjatuhkan hukuman denda RM2,000 untuk pertuduhan pertama dan tambahan tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Ramla dalam dua pertuduhan itu didakwa memberikan maklumat palsu sebagai penganjur iaitu mengakui dirinya sebagai 'ibu' bagi mendaftarkan kad pengenalan, masing-masing atas nama Mohammad Firman Rahman, 22, dan Mohammad Luqman Rahman, 20.
Menurut fakta kes, tindakan itu dilakukan bagi melangsaikan hutang kepada peminjam wang dan Ramla didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sandakan, masing-masing pada 12.35 tengah hari dan 12.45 tengah hari, pada 15 Feb tahun lepas.
Wanita itu didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (pindaan 2007), juga boleh dihukum di bawah peraturan-peraturan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Ramla, yang diwakili peguam Mohd Nazri Zikiri, merayu supaya dikenakan hukuman ringan berbentuk denda berikutan menanggung keluarga dengan pendapatan RM500 sebulan serta perlu menjaga seorang anak yang juga orang kurang upaya.
Pegawai Pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Nadzeri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pencegahan kerana kes itu merupakan isu serius dan sensitif serta melibatkan kedaulatan negara.
"Jika penyamar berjaya memperoleh kad itu, penyamar mendapat segala kemudahan dan kelebihan sebagai warga Malaysia, sedangkan penyamar tidak layak," katanya.
Di mahkamah sama, Nur Faezah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan serta denda RM1,500 dan jika gagal membayar denda tersebut akan dipenjara sebulan kepada Mohammad Firman yang bekerja sebagai nelayan.
Beliau turut memerintahkan Mohammad Luqman yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dipenjara tujuh bulan.
Adik-beradik itu yang tidak diwakili peguam didakwa memberikan maklumat palsu sebagai pemohon semasa mendaftarkan kad pengenalan di JPN Sandakan pada lokasi, tarikh serta masa yang sama, mengikut Peraturan 25 (1) (b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (pindaan 2007).
Mahkamah juga memutuskan kedua-dua mereka perlu menjalani hukuman penjara dari tarikh ditangkap pada 10 Mei lepas dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
Ramla dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan bagi setiap pertuduhan bermula tarikh ditahan 10 Mei lepas. - Gambar/ Bernama
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
MEKAR: JPN terima lebih 80,000 permohonan sejak 2019
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 80,389 permohonan berkaitan urusan kad pengenalan serta pendaftaran kelahiran dan kematian menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) sejak 2019.