awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi selamatkan isteri, suami ditetak perompak - Polis

Bernama
Bernama
20/05/2015
23:45 MYT
Demi selamatkan isteri, suami ditetak perompak - Polis
Polis berkata siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Kawasaki 150RR menuju ke arah isteri mangsa untuk merompak.
Seorang bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) cedera ditetak di kepala ketika cuba menyelamatkan isterinya daripada diserang perompak di rumahnya di Taman Batu Muda di sini, awal Rabu.
Dalam kejadian pukul 11.15 pagi, mangsa, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, 61, bertindak sedemikian apabila melihat seorang lelaki bersenjatakan parang mendekati isterinya.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Kawasaki 150RR menuju ke arah isteri mangsa untuk merompak.
"Pembonceng motosikal yang memegang parang turun dari motosikal menuju ke arah isteri mangsa yang sedang berbual dengan jirannya. Bagi mempertahankan nyawa isterinya, berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek.
"Suspek menetak kepala mangsa. Suspek juga sempat melarikan diri dengan merampas gelang tangan isterinya," katanya ketika dihubungi di sini.
Munusamy berkata mangsa yang dirawat di Hospital Selayang menerima lapan jahitan dan berada dalam keadaan stabil.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu rompakan dan menyebabkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#ACP R. Munusamy
#Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
#Profesor Madya Dr Fauzi Deraman
#UM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan