Sekumpulan peniaga dan pekerja mereka mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut kerajaan negeri memulangkan semula sebuah trak makanan yang dirampas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Selasa lepas.
Anggota Parlimen Belia Malaysia Pulau Pinang Mohamad Nazri Abdul Latif yang mewakili kumpulan itu mendakwa MBPP merampas trak makanan milik seorang peniaga cendol, Zulshahrizal Erwan Mohd Zulkifli, 34, tanpa sebarang notis pemberitahuan.
"Pihak MBPP rampas pada hari Selasa pukul 11.30 malam. Pada ketika itu, trak makanan itu diletak di kawasan letak kenderaan penduduk di Kondominium Pearl Garden, Sungai Ara. Mereka tak ambil kenderaan lain, cuma trak makanan itu sahaja mereka ambil.
"Kami buat laporan polis sebab sangka kenderaan dicuri. Tetapi kami dimaklumkan pihak MBPP yang ambil trak makanan itu. Kami bagi 24 jam untuk MBPP pulangkan semula trak milik peniaga ini, namun sehingga kini tidak ada tindakan daripada pihak terbabit," katanya kepada pemberita di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini.
Kumpulan itu turut membawa sepanduk, durian dan laksa sebagai simbolik menunjukkan ketidakpuasan mereka terhadap tindakan kerajaan negeri merampas kenderaan tersebut dan tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga trak makanan.
Mereka kemudiannya berkumpul dan membawa makanan itu di hadapan pejabat MBPP di Tingkat 3, Komtar untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan exco kerajaan negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun mereka tidak dibenarkan masuk.
Mereka kemudian menyerahkan dua surat tuntutan kepada wakil kerajaan negeri, Zahar Zainul.
Mohamad Nazri berkata surat tuntutan itu antara lain meminta kerajaan negeri memulangkan semula trak makanan berkenaan tanpa dikenakan sebarang bayaran dan meminta kebenaran untuk berniaga di tapak berhadapan Kondominium Pearl Garden, Sungai Ara dekat sini.
Sementara itu, Zulshahrizal Erwan berkata dia menyara keluarga dengan hasil jualan cendol dan kini kehilangan sumber pendapatan selepas trak makanan tersebut dirampas.
"Saya mula berniaga sejak 2015. Ini kali pertama mereka rampas trak makanan saya. Dah dua hari saya tak ada sumber pendapatan. Jadi, saya harap pihak MBPP dapat pulangkan semula tanpa saya perlu bayar apa-apa," katanya.
Zulsharizal Erwan berkata dia ada memohon lesen, bagaimanapun MBPP memaklumkan lesen tidak dikeluarkan kepada peniaga trak makanan.
"Mereka kata tak pernah keluarkan lesen untuk perniagaan food truck, jadi, macam mana kami nak memohon. Dua minggu sekali MBPP mai ambil kerusi dan meja kami. Macam mana kami nak berniaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 03 2017
Mereka berkumpul dan membawa makanan di hadapan pejabat MBPP di Tingkat 3, Komtar untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dan exco kerajaan negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun mereka tidak dibenarkan masuk. --fotoBERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
DPR patuh keputusan Mahkamah Konstitusi untuk Pilkada 2024, pindaan RUU dibatalkan
Ia susulan permohonan Semakan Kehakiman oleh Parti Buruh dan Parti Gelora tetap akan berkuat kuasa semasa pendaftaran calon pada 27 Ogos.
PM Bangladesh Hasina mendarat di India ketika tentera umum kerajaan peralihan
PM Bangladesh, Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya.
Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Hasina larikan diri
Syarikat penerbangan India gantung penerbangan ke Bangladesh selepas Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan melarikan diri dari Dhaka pada Isnin.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Polis Indonesia izinkan pihak tidak puas hati hasil Pemilu 2024 turun ke jalanan
Keizinan itu bagaimanapun dengan syarat tegas iaitu protes yang dibuat tidak libatkan kekasaran, merosak harta benda awam atau aksi ganas.
10,000 sertai demonstrasi untuk Gaza di Belgium
Kumpulan besar penunjuk perasaan ini berkumpul di hadapan stesen kereta api Brussels-Utara dan berarak ke dataran Place Jean Rey.
Demonstrasi bantah serangan Israel di Gaza diadakan di seluruh Eropah
Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza.
14 maut letupan kilang bunga api
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam letupan di dua kilang membuat mercun di Tamil Nadu, India pada Selasa.