awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2024
06:30 MYT
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua individu yang telah dikenal pasti itu akan dipanggil dalam masa terdekat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar’ di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua individu yang telah dikenal pasti itu akan dipanggil dalam masa terdekat.
"Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Seramai 12 individu termasuk penganjur telah dikenal pasti untuk dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Khamis lalu, media melaporkan perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun.
Rusdi dilaporkan berkata, polis sudah menasihatkan penganjur tidak meneruskan perhimpunan kerana tidak mendapat kebenaran pemilik tanah.
Sebanyak 85 laporan polis berkait perhimpunan ini diterima, susulan satu video tular berdurasi tiga minit 41 saat di aplikasi TikTok memaparkan diskusi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan.
Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
https://www.sinarharian.com.my/article/672574/berita/semasa/12-individu-penganjur-demo-rakyat-lawan-anwar-dipanggil-rakam-keterangan
Topic Berkaitan
#demonstrasi
#rakyat lawan anwar
#perhimpunan haram
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan