DREBAR
Dengan 910hp. Jenis hibrid yang kami suka



Dari segi lain pula, Lamborghini masih lagi mampu untuk mengekalkan keperluan itu, cuma penambahan sistem hibrid suatu perkembangan yang tak disangka – terutamanya apabila dilitupi dengan gaya rekaan yang begitu baru.
Menyentuh tentang itu, Asterion ini dilengkapi dengan tayar 20 dan 21 inci (depand & belakang) dan kami berpendapat ini adalah kali pertama sebuah Lamborghini kelihatan seperti mempunyai enjin yang dipasang pada bahagian hadapan.

Tetapi, seperti yang dapat dilihat menerusi penutup enjin lutsinar pada bahagian belakang, enjin masih lagi di lokasi tradisional bagi jenama Itali ini. Bahkan, keadaan ini ada mirip model Lamborghini klasik seperti Miura dan Espada; bagaikan enjin di hadapan tetapi tidak.
Pintu Asterion ini tidak dibuka ke atas sepertimana model Aventador, ataupun ke luar sepertimana Huracan. Sebaliknya, pintu model ‘demonstrator’ ini membuka pada suatu sudut yang unik.

Dikelaskan sebagai ‘hyper cruiser’, ia bukanlah sebuah kereta sport super sepertimana model-model Lamborghini yang lain. Ia juga dikatakan mempunyai aras tempat duduk yang lebih tinggi bagi memberi keselesaan berbanding tempat duduk di dalam Huracan ataupun Aventador yang lebih rendah untuk pemanduan lincah. Terdapat juga sebuah tablet mudah-alih yang membolehkan penumpang mengawal fungsi-fungsi seperti sistem penghawa dingin, navigasi dan sistem hiburan.
Enjin
Ini adalah komponen terpenting bagi Asterion ini. Bagi enjin petrolnya, ia dilengkapai dengan enjin V10 5.2 liter yang menghasilkan 602hp dan 560Nm, satu set nombor yang menyerupai enjin dan output model Huracan. Kotak gear pula adalah jenis klac berkembar 7-kelajuan yang terletak secara transaxle dibelakang enjin.
Bagi elemen hibridnya, Asterion LPI 910-4 ini dilengkapi dengan 3 motor elektrik; sepasang untuk kedua-dua tayar hadapan dan yang ketiga terletak diantara kotak gear dan enjin V10. Kereta ‘hyper cruiser’ ini boleh dipandu di dalam tiga mod: Enjin sahaja, Elektrik sahaja, dan kombinasi (hibrid).

Tiada penjelasan yang diperlukan untuk mod Enjin, tetapi di dalam mod Elektrik kereta ini mampu untuk meluncur sejauh 50km dengan kelajuan maksimum 125km/sj. Dan keunikan tambahan semasa di dalam mod Elektrik adalah ia akan menjadi Lamborghini pertama yang berspesifikasi pacuan roda hadapan.
Di dalam mod kombinasi pula, ketiga-tiga motor elektrik yang ada berkongsi tugas menggerakkan keempat-empat roda dengan jumlah kuasa 910hp yang ada (output motor elektrik berjumlah 300hp). Masa yang diambil untuk mencapai 100km/sj dari keadaan rehat adalah hanya 3.0 saat.

Mengikut Lamborghini, Asterion ini mampu untuk mencatat penggunaan petrol sebanyak 4.2 liter setiap 100km dengan pelepasan gas ekzos CO2 berjumlah 98g/km.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami