awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera dan tekup muka dengan bantal, guru taska ditahan

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
11/05/2022
08:31 MYT
Dera dan tekup muka dengan bantal, guru taska ditahan
Rupiah berkata penahanan terhadap guru terbabit dibuat di tepi Jalan Putih, Skudai di Johor Bahru kira-kira jam 9 malam pada Selasa. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Seorang guru Taska ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera anak asuhan di sebuah Taska dekat kawasan Tampoi di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, guru wanita berusia 24 tahun itu didakwa telah menekup muka anak asuhan terbabit dengan bantal selain menarik telinga mangsa sehingga lebam.
Katanya lagi, laporan polis telah dibuat ibu kanak-kanak berusia empat tahun itu yang mendakwa anaknya didera di Taska terbabit pada jam 3.17 petang semalam.

Susulan itu, penahanan terhadap guru terbabit dibuat di tepi Jalan Putih, Skudai di sini kira-kira jam 9 malam pada Selasa (10 Mei).
"Mangsa kanak-kanak itu seorang hyperactive dan lambat pertuturan (speech delay).
"Rakaman video berhubung kejadian juga tular di media sosial. Mangsa telah ditempatkan oleh ibu bapanya di Taska terbabit yang merupakan pusat jagaan untuk kanak-kanak normal dan kanak-kanak khas.
"Hasil siasatan pihak polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taska tersebut mendapati, suspek telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.
"Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan pegawai perubatan di hospital itu mengesahkan mangsa mengalami 'bruised over right ear alleged child abuse'," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 32 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2011.
Manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini digesa menghubungi dan menyalurkan maklumat berkaitan ke Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara di talian 07 5563122.
Topic Berkaitan
#guru ditahan
#taska
#ditekup bantal
#tarik telinga
#Johor Bahru
#Kanak-kanak
#lebam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan