awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera kanak-kanak hingga maut, empat sekeluarga direman

Firdaus Hasbi
Firdaus Hasbi
07/06/2021
21:20 MYT
Dera kanak-kanak hingga maut, empat sekeluarga direman
Zamry berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak tersebut yang mungkin menjadi punca kematian. - Astro AWANI
KUCHING: Polis Betong menahan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dipercayai akibat didera pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Betong DSP Zamry Alli berkata, kesemua mereka yang ditahan merupakan ahli keluarga kanak-kanak tersebut, berumur sekitar 22 hingga 65 tahun.
“Pihak kami telah membuat permohonan reman terhadap semua suspek bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Di bawah peruntukan tersebut, sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.
Dalam insiden menyayat hati Ahad lalu, polis telah dihubungi oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Betong yang memaklumkan pihaknya mengesyaki kematian kanak-kanak yang dibawa ke Unit Trauma dan Kecemasan hospital itu adalah akibat didera.
"Polis kemudian menghantar sepasukan pegawai dan anggota ke Hospital Betong dan mengesahkan terdapat seorang kanak-kanak telah meninggal dunia semasa dihantar oleh keluarganya pada jam 3 petang ke hospital berkenaan.
"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian badan kanak-kanak tersebut yang berkemungkinan menjadi punca kematian," kata Zamry.
BACA: Kanak-kanak dua tahun mati dipercayai didera, ibu dan teman lelaki ditahan polis
Susulan itu, pihak polis bertindak menahan dua suspek iaitu ibu kanak-kanak terbabit dan teman lelakinya pada hari sama.
Zamry memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak tepat berkaitan dengan kes ini.
"Biar polis melakukan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas kematian kanak-kanak tersebut," ujarnya.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#trauma
#lebam
#siasatan
#ahli keluarga
#Zamry Alli
#reman
#kematian
#Hospital Betong
#Polis Betong
#meninggal dunia
#teman lelaki
#ibu kandung
#spekulasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan