awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Desmond Tutu insan luar biasa - Mohamed Azmin

Bernama
Bernama
27/12/2021
10:15 MYT
Desmond Tutu insan luar biasa - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin menyatakan bahawa dunia meratapi pemergian Desmond Tutu seorang penyokong kuat kebebasan tanpa kekerasan dan keamanan dunia. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Pemergian pejuang anti-apartheid Afrika Selatan Archbishop Emeritus Desmond Tutu merupakan kehilangan seorang insan yang tiada bandingannya, kata Menteri Kanan Malaysia merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Secara peribadi, nilai-nilai yang beliau perjuangkan dan semangat gigihnya untuk menegakkan perkara yang betul dan adil menjadi inspirasi kepada saya.
"Dengan pemergiannya, kita kehilangan seorang insan yang luar biasa, seorang yang benar-benar hebat," katanya dalam kenyataan takziah hari ini.
Mohamed Azmin menyatakan bahawa dunia meratapi pemergian Desmond Tutu seorang penyokong kuat kebebasan tanpa kekerasan dan keamanan dunia serta pejuang tegar menentang aparteid, ketidakadilan dan rasuah.
Beliau berkata selama beberapa dekad, Tutu telah menunjukkan kepimpinan bermoral dan contoh cemerlang toleransi beragama, kesederhanaan dan belas kasihan serta pembela hak asasi manusia global yang teguh, lantang bersuara untuk mereka yang tertindas, miskin dan terpinggir tanpa mengira kaum, warna kulit atau agama.
BACA: Desmond Tutu meninggal dunia pada usia 90 tahun
Tutu, pemenang anugerah Nobel Keamanan yang membantu menamatkan dasar apartheid di Afrika Selatan, meninggal dunia pada usia 90 tahun.
Beliau berkhidmat sebagai ketua paderi kulit hitam pertama di Gereja St Georges di Cape Town pada 1980-an dan juga pengerusi Suruhanjaya Kebenaran dan Pendamaian Afrika Selatan yang ditubuhkan oleh kerajaan demokrasi baharu pada 1995 untuk membantu memulihkan dan mendamaikan negara dengan mendedahkan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku semasa rejim apartheid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Desmond Tutu
#meninggal dunia
#aparteid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan