Empat dekad bukan satu jangka masa yang singkat.

Pemilik Binwani’s, Chandru Binwani mengakui selepas lebih 40 tahun bertapak di Ampang Park, penutupan kompleks beli-belah tersebut Ahad ini seumpama satu perpisahan yang pilu.

Chandru mula beroperasi di Ampang Park sekitar tahun 1973; kedudukan bangunan tersebut yang terletak di salah satu jalan raya utama di ibu negara ini menjadi antara faktor utama perniagaan tekstil itu berkembang pesat seiring kemajuan Kuala Lumpur.

“Selepas lebih 40 tahun, saya tak sangka hari ini menjadi antara hari terakhir saya berniaga di sini,” kata Chandru ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Kompleks beli-belah tertua di negara itu akan ditutup untuk memberi jalan kepada projek pembangunan infrastruktur bandar raya.

Menurutnya, beliau menjadi saksi perniagaan yang bernaung di bawah payung Ampang Park.

Dari makanan, elektronik ke perkhidmatan, Chandru antara pengusaha yang pernah menjadi saksi jatuh bangunnya sesebuah perniagaan di situ.

"Walaupun hendak dibandingkan dengan pusat beli belah yang sedia ada sekarang ini, sememangnya Ampang Park ini berbeza tetapi kami masih lagi menerima tempahan dari pengunjung yang setia," kata Chandru.

"Kami juga berasa amat sedih kerana telah menghabiskan masa lebih 40 tahun berniaga di Ampang Park dan kami akan berada di sini pada detik-detik akhir sebelum dirobohkan,” katanya.

 Empat dekad bukan satu jangka masa yang singkat.   Pemilik Binwani’s, Chandru Binwani mengakui selepas lebih 40 tahun bertapak di Ampang Park, penutupan kompleks beli-belah tersebut Ahad ini seumpama satu perpisahan yang pilu.   Chandru (Binwani) mula beroperasi di Ampang Park sekitar tahun 1973. Komposisi bangunan tersebut yang terletak di salah satu jalan raya utama di ibu negara ini menjadi antara faktor utama perniagaan tekstil itu berkembang pesat seiring kemajuan Kuala Lumpur.   “Selepas lebih 40 tahun, saya tak sangka hari ini menjadi antara hari terakhir saya berniaga di sini,” kata Chandru ketika ditemui Astro AWANI di sini hari ini.   Kompleks beli-belah tertua di negara itu akan ditutup untuk memberi jalan kepada projek pembangunan infrastruktur bandar raya.   Menurutnya, beliau menjadi saksi perniagaan yang bernaung di bawah payung Ampang Park.   Dari makanan, elektronik ke perkhidmatan, Chandru antara pengusaha yang pernah menjadi saksi jatuh bangunnya sesebuah perniagaan di situ.

Perasaan nostalgia itu turut dirasai pengunjung tetap Ampang Park.

Bagi kakitangan swasta, Zharif Razain berkata, pengalaman bersama Ampang Park ini sangat menggamit kenangan.

"Ampang Park nostalgianya banyak sebab ada sebuah butik Binwani's di sini. Dulu selalu beli baju Melayu dengan ibu dan ayah, jadi kenangan itu sangat mendalam.

"Jadi rasa sangat sedih bila Ampang Park akan ditutup tetapi sudah sampai masanya Ampang Park ini 'pergi' dengan hati yang rela," ujarnya.

GALERI FOTO: Hari-hari terakhir Kompleks Ampang Park

Sementara itu, pengunjung tetap, Shahrudin Abdul Latiff, 44, memberitahu Astro AWANI, Ampang Park tempat yang sangat popular di kalangan remaja suatu ketika dahulu dan menganggap Ampang Park ini sangat unik baginya kerana umurnya seusia dengan pusat beli belah berkenaan.

Ampang Park dibina pada 1972 dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mac 1973, menjadikannya kompleks beli belah pertama di Malaysia dengan keseluruhan 250 lot premis yang menjual pelbagai jenis barangan keperluan dan kehendak selain perkhidmatan untuk warga kota.

Ia dibangunkan oleh syarikat Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd berikutan kejayaan projek pertamanya di Singapura, People's Park yang dibuka pada 1968.

Kompleks Ampang Park bakal ditutup pada 31 Disember 2017 bagi memberi laluan kepada pembangunan baharu.




BACA: Ampang Park: Sudahlah kehilangan suami, kedai pula terpaksa ditutup

BACA: Di mana sahaja, Cozy Corner tetap seperti dahulu - Joo Tan