awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023

Bernama
Bernama
13/12/2023
13:15 MYT
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023
Rang undang-undang itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dengan lebih suara bersetuju. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Syarikat (Pindaan) 2023.
Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dengan lebih suara bersetuju.
Rang undang-undang itu adalah bagi meminda Akta Syarikat 2016 (Akta 777) antaranya bertujuan untuk menambah baik peruntukan sedia ada membabitkan rangka kerja tadbir urus korporat, skim kompromi atau perkiraan dan mekanisme penyelamatan korporat.
Terdahulu, Fuziah ketika menggulung perbahasan berkata rang undang-undang itu diperlukan dalam memastikan sektor korporat di negara ini terus berdaya saing, sekali gus berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
"Rang undang-undang ini juga akan memastikan sektor korporat Malaysia dilindungi daripada disalah guna bagi tujuan-tujuan jenayah serius yang berselindung di sebalik entiti perniagaan," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Rang Undang-Undang Syarikat
#lulus
#Fuziah Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan