KUALA LUMPUR: Rang Undang Undang (RUU) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 yang bertujuan memantapkan badan penyelia berkenaan melalui penstrukturan semula dan pewujudan jawatan utama diluluskan di Dewan Negara, hari ini.
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan, Ewon berkata pembahagian kuasa, lantikan dan penyusunan semula penjawatan akan dilaksanakan.
Jawatan pengerusi eksekutif yang sebelum ini mentadbir dan mengawas suruhanjaya berkenaan akan distruktur menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), manakala timbalan pengerusi akan ditukar kepada timbalan CEO, katanya.
Tambahan dua lagi perjawatan timbalan CEO juga akan diwujudkan, di samping jawatan baharu pengerusi lembaga, empat ex-officio dan enam ahli lembaga pengarah (satu telah dilantik).
Ewon berkata perjawatan yang melibatkan lantikan oleh menteri berkaitan sektor koperasi adalah bagi memastikan penyumbang utama gerakan koperasi dan hanya mereka yang layak dilantik, mencakupi setiap sektor dan wilayah di seluruh negara.
"Ahli lembaga pengarah yang telah dilantik adalah Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (Datuk Mohd Ali Mansor) yang memang terlibat dengan gerakan koperasi dalam sektor latihan.
"Kita juga mengambil kira pandangan gerakan koperasi di negara ini sama ada di Sarawak, Sabah, koperasi bumiputera dan bukan bumiputera serta gerakan yang telah berjaya. Ini juga kita pertimbangkan," katanya.
Beliau berkata pindaan yang melibatkan kuasa menteri menamatkan lantikan tanpa sebab juga bertujuan memastikan mereka yang dilantik sentiasa menjalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan.
"Sekiranya mereka leka dan tidak dapat menjalankan amanah, maka ini memberi peringatan bahawa kita boleh menamatkan pelantikan itu," katanya.
Beliau berkata implikasi kewangan juga akan diteliti susulan pelantikan baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ketika sesi penggulungan di Persidangan Dewan Negara di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.