Dewan Pemuda PAS di peringkat Negeri dan kawasan digesa supaya menghidupkan aktiviti tarbiyah seperti Ijtima' Tarbawi, Liqa' Fikri, tamrin, Mukhayyam, usrah mingguan, seminar atau kursus kepimpinan dan pemantapan skill pengurusan serta organisasi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan berkata aktiviti tersebut perlu dihidupkan untuk memastikan usaha mencorakkan pemuda Ansorullah terus menjadi realiti sebagai produk masa depan perjuangan Islam di negara ini.
Nasrudin berkata DPPM seharusnya menwarakan skema pentarbiyahan pemuda yang benar-benar mampu memberdayakan potensi setiap aktivis pemuda.
"Sudah sampai masanya skema pertarbiyahan pemuda diberikan nilai tambah kerana konteks dan tuntutan perjuangan dalam realiti dakwah dan politik juga begitu dinamik.
"Pemerkasaan agenda tarbiyah ini mesti bermula dengan meningkatkan keupayaan para nuqaba, sebagai enjin dalam keseluruhan perlaksanaan agenda tarbiyah.
"Para nuqaba' pemuda, bukan hanya perlu menghadam bahan-bahan tarbiyah asasi tetapi mampu mengaitkan tassawur tarbiyah daripada bahan-bahan tersebut dengan waqi' yang dihadapi, yang menyebabkan wacana tarbiyah segar dengan bahan-bahan naqli dan aqli," katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke-54, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam Rabu.
Ahli Parlimen Temerloh itu juga berkata kesinambungan tarbiyah bagi pimpinan pemuda kawasan, negeri dan pusat mesti dipertegaskan supaya proses pemberdayaan bakat dan potensi pemuda-pemuda berlaku dengan sistematik.
"Kita tidak mahu lagi senario di mana bahan tarbiyah yang sama diulang berkali-kali tanpa banyak nilai tambah sedangkan tuntutan dakwah semasa menuntut para pemuda tarbawi menekuni pelbagai teks dan bahan tarbiyah untuk memimpin ummah dengan fikrah yang jernih dan mantap," katanya.
Beliau juga menggesa ahli DPPM menguasai budaya politik baru kerana menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, pengundi terutama golongan muda menghantar mesej jelas bahawa mereka sudah muak dengan budaya politik fitnah, ganas, rasis dan kebencian.
"Sebaliknya semasa pilihan raya umum yang lalu, tumpuan adalah kepada isu good governance, alam sekitar, kualiti dan integriti calon dan manifesto parti politik.
"Pemuda PAS perlu menyedari realiti dan expectation baru ini dengan iltizam menjadi pemain yang berketerampilan dan berkesan dalam medan demokrasi semasa," katanya lagi.
Katanya dalam mencapai cita-cita menjadi pemain dan peneraju yang berketerampilan, pemimpin pemuda harus sedia untuk terus belajar dan mencabar diri serta berani tampil di tengah khalayak, berhujah dalam pelbagai topik dan isu yang menyangkut kepentingan Islam dan kemaslahatan rakyat.
Selain itu, Nasrudin turut mengingatkan ahli-hali DPPM bahawa suasa politik nasional pada hari ini turut menuntut pemuda menyusun tenaga murabitun yang berkepakaran dalam meletakkan PAS dalam posisi peneraju.
"Dalam menyusun tenaga murabitun ini, Dewan Pemuda PAS akan merangka sistem sokongan supaya institusi murabitun benar-benar berkesan dan menyumbang kepada kemajuan jamaah secara menyeluruh," katanya.
Beliau juga mengariskan lima halatuju dalam memimpin dan mencetus gerakan kebangkitan anak muda yang mesti dipelopori oleh pemuda PAS di semua peringkat organ jamaah.
Antara halatuju pemuda PAS yang digariskan beliau ialah pembinaan keterampilan tokoh pemimpin muda, penguasaan sokongan pengundi muda, penggunaan media baru secara optima, penampilan pemuda PAS yang prihatin dan berkebajikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat dan memposisikan PAS sebagai parti teras dalam gabungan pembangkang itu.
Ini merupakan ucaptama terakhir Nasrudin selaku Ketua DPPM kerana beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2009.
Beliau memilih untuk mencuba nasib merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada pemilihan pimpinan PAS untuk sesi 2013-2015.
Irwan Muhammad Zain
Wed Nov 20 2013
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Khairil Nizam tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda Pas
Keputusan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas pada Khamis.
Muktamar Pas: Usul taawun diterima demi perkukuh blok pembangkang
Wakil Dewan Ulamak, Zulkarnain Hassan menggariskan lima nasihat sekiranya Pas ingin menjalinkan taawun dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO.
Pas tidak punya cybertroopers yang hebat untuk kuasai perang saraf di media sosial
Cara biasa yang digunakan parti itu sebelum ini untuk menangkis fitnah di pentas ceramah, kuliah dan ceramah berkelompok, sudah tidak begitu relevan dengan perkembangan pantas era teknologi maklumat.