Kerajaan sedang menggubal akta baharu berkenaan hasutan, namun masih mengekalkan Akta Hasutan 1948 seandainya terdapat sebarang isu di bawah kesalahan berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyebut mengenai pemansuhan akta berkenaan, ia masih lagi di peringkat penambahbaikan.
"Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan, tetapi ia tidak akan dimansuhkan sehingga ada akta gantian.
Nancy turut menjelaskan keperluan satu akta khusus berhubung kesalahan hasutan ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh) dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
"Kita di dalam proses meminda undang-undang baharu, kita tidak ada akta lain di atas kesalahan menghasut. Kita bergantung kepada akta ini, selain tidak mengambil alih tugas Jabatan Peguam Negara dalam proses berkenaan," katanya.
Ketika menjawab soalan Anwar berhubung pendakwaan sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk beberapa orang Ahli Parlimen, aktivis dan cendekiawan dengan tuduhan menghasut, Nancy berkata:
"Kerajaan sentiasa komited dari perbuatan tidak bertanggungjawab dan oleh yang demikian sesiapa sahaja yang membangkitkan isu yang boleh meningkatkan kemarahan dan memecah-belahkan ketenteraman awam akan dikenakan tindakan undang-undang.
"Tindakan itu tidak mengira status dan latar belakang, selain setiap undang-undang akan memastikan keharmonian dapat dipelihara."
Dalam pada itu, Datuk Abdul Latif Ahmad (BN, Mersing) menyifatkan demokrasi parti PKR sendiri dilihat tidak berjaya menjadi contoh kepada rakyat dengan memberikan beberapa situasi termasuk kes penggantungan ahli majlis di Selangor.
Nancy, bagaimanapun menjelaskan, hak bercakap sentiasa dijamin di bawah Perlembagaan, namun ia bukan disifatkan sebagai hak mutlak.
"Sekatan kebebasan bercakap dan bersuara bukan hanya tuntutan Malaysia sahaja, negara pelopor prinsip demokrasi juga ada sekatannya di negara masing-masing," katanya.
Tambah Nancy, kerajaan meneliti kes melibatkan mana-mana individu berdasarkan fakta kejadian dan bukan faktor latar belakang agama serta politik.
"Kita hanya mengambil tindakan dan tidak pilih sesiapa, asalkan menepati undang-undang, selain membuat keputusan yang adil.
"Kita tidak berpihak kepada sesiapa bagi memastikan semua memperoleh keadilan sewajarnya," ujarnya.
Nancy menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN, Kinabatangan) tentang kekecewaan rakyat yang melihat kelemahan jabatan tertentu dalam menguatkuasakan Akta Hasutan 1948.
Sebelum ini, Nancy dilaporkan berkata di dalam sebuah akhbar bahawa Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera.
Jelasnya, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.
Wan Syamsul Amly
Tue Oct 07 2014
NANCY: Kerajaan sedang menggubal akta baharu berkenaan hasutan selain mengekalkan Akta Hasutan 1948 seandainya terdapat isu di bawah kesalahan itu. -Gambar fail
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.