KOTA BHARU: Penggubalan akta anti lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.
"Kalau kita hendak buat undang-undang anti lompat parti, kita kena pinda Perlembagaan dulu, berkaitan freedom of association (kebebasan berpersatuan).
"Dan, undang-undang anti lompat parti ada di Pulau Pinang, tetapi apabila ahli dewan undangan negeri (ADUN) PKR melompat parti, kerajaan Pulau Pinang tak berani pecat.
"Saya yakin, kalau mereka kena pecat, dia akan bawa ke mahkamah," katanya di sini pada Sabtu.
BACA: Undang-undang cegah wakil rakyat lompat parti perlu digubal - Shafie Apdal
BACA: Kerajaan perlu pertimbang wujudkan undang-undang anti lompat parti - Majlis Peguam
BACA: Kerajaan PN perlu ada keazaman politik gubal Akta Anti Lompat Parti
Beliau memberi contoh ketika kerajaan negeri Kelantan menggubal enakmen anti lompat parti pada 1990.
Apabila berlaku dua ADUN melompat parti, katanya, kerajaan negeri mengisytiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN telah terlucut.
Susulan itu, kedua-dua ADUN berkenaan mencabar keputusan kerajaan negeri dan mahkamah kemudiannya memutuskan enakmen kerajaan negeri itu bercanggah dengan Perlembangaan negara.
"Mengambil iktibar peristiwa berkenaan, untuk menggubal akta anti lompat parti, memerlukan pindaan pada Perkara 10(1)(c) Perlembagaan negara," katanya.
BACA: Dr Afif tinggalkan PKR, sertai Bersatu
BACA: 50 peratus rakyat mahu undang-undang Anti Lompat Parti - Kajian
BACA: Wakil rakyat PKR lompat parti berdepan saman RM10 juta - Anwar
Takiyuddin mengulas cadangan Wanita MCA pada Sabtu supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi menghentikan budaya 'katak politik'.
Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, budaya itu kini semakin parah, oleh itu, negara tidak akan stabil sekiranya undang-undang itu tidak digubal.
Menurut Heng, sejak PRU14 pada 9 Mei 2018, seramai 60 wakil rakyat telah melompat parti.
Muhafandi Muhamad
Sun Mar 07 2021

TAKIYUDDIN: Kalau kita hendak buat undang-undang anti lompat parti, kita kena pinda Perlembagaan dulu, berkaitan freedom of association. - Gambar fail

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

Audio tular: Pihak berkuasa akan siasat secara profesional dan adil - Takiyuddin
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan isu berkenaan kepada pihak polis.

Sidang Parlimen: Kerajaan tidak halang PH hantar memorandum kepada Agong - Takiyuddin
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, sebarang keputusan akhir berkaitan perkara berkenaan hanya boleh diputuskan atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Strategi Pas hadapi PRU15 tidak boleh didedah kepada umum - Takiyuddin
Ketika ini masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai perkara berkenaan, terutamanya di peringkat parti dan rakan komponen Perikatan Nasional (PN).

Undi18: 'Persoalan ini patut dijawab di Parlimen, bukan balai polis' - Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pihak pembangkang mempunyai banyak persoalan yang ingin ditanyakan kepada Menteri Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan

KBS kemuka cadangan asing proses Undi18, pendaftaran automatik di kabinet
SPR diharap dapat melaksanakan usaha itu dengan segala formula dan ruang yang ada, memandangkan semua anggota Kabinet semalam menyokong Undi18.

Bersatu, Pas sepakat bersama Perikatan Nasional hadapi PRU15
Pas dan Bersatu tegas menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Teknologi sudah semakin canggih, apa lagi sebab tangguh #Undi18 - Tun M
Alasan diberikan terutama melibatkan kesukaran dalam mengumpul data pengundi adalah sesuatu yang amat sukar diterima.

Kerajaan PN lemah punca laksana darurat - Tun M
Menurutnya, ini memandangkan peraturan sedia ada seperti beberapa perintah kawalan yang dilaksanakan sebelum ini sudah cukup untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Undi 18: Beri SPR masa, ada perkara perlu diselesaikan - Takiyuddin
Terdapat beberapa prosedur yang masih perlu diselesaikan termasuk berkaitan kawasan mengundi yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kerajaan PN tidak lari, akan 'buka' sidang Parlimen bila tiba masanya- Takiyuddin
Persidangan akan berjalan semula sebaik sahaja darurat ditamatkan.