awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
AstroBIZ: Brew Nation Kitchen lebih bergaya bersama Astro BizOne
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen

Bernama
Bernama
03/10/2022
03:30 MYT
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata akta lain ialah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2022, Akta Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022, Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 dan Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022.
Selain itu, Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022, Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2022 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022.
Akta yang turut diperkenan Seri Paduka ialah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Akta Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022, Akta Racun (Pindaan) 2022 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
Azhar berkata demikian pada permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau turut memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 25 rang udang-undang diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-14.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Parlimen
#akta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan