KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Pulai dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
“Pada kesempatan ini, juga saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham yang telah meninggal dunia pada 23 Julai 2023.
“Kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham serta arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh lagi beriman.
“Kepada yang beragama Islam, diminta sedekahkan Al-Fatihah kepada Salahuddin dan kepada bukan Islam, diminta bertafakur.
“Al-Fatihah…” katanya sebelum meneruskan aturan mesyuarat yang ditetapkan pada hari ini.
Johari berkata demikian sebelum pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Salahuddin, 61 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Ridauddin Daud
Mon Sep 11 2023
Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. - Gambar fail
Bantuan awal persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Hajibah Alan dapat memenuhi keperluan dua anak-anaknya yang masih bersekolah.
Unifil amat bimbang dengan keselamatan anggota
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anggota-anggota pengamannya yang cedera akibat serangan Israel di selatan Lubnan. Majlis ini juga berkali-kali menyatakan pendirian agar kedamaian dan keselamatan dikembalikan di rantau itu dengan segera.
Perbicaraan Andrew dan Tristan Tate belum diputuskan
Dua pempengaruh media sosial terkenal, Andrew Tate dan adiknya Tristan Tate yang ditahan atas dakwaan jenayah penyeludupan manusia, merogol dan membentuk kumpulan jenayah terancang tampil buat pertama kali menantikan tarikh perbicaraan mereka yang sehingga kini belum ditentukan. Kedua-dua adik beradik ini tegas menafikan setiap pendakwaan yang dibuat terhadap mereka dan menyatakan bahawa mereka tidak wajar ditahan jika tiada bukti sahih yang menunjukkan mereka bersalah.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
‘Goodbytz' guna robot sedia makanan buat staf hospital
Ramen, Gnocchi, Pho, Mee Udon, nasi goreng, pasta. Ada macam-macam makanan yang disediakan di hospital Universiti Tuebingen di Jerman. Namun, apa yang menarik? Makanan-makanan ini disediakan oleh robot sepenuhnya.
Lelaki lepaskan tembakan rambang di lebuhraya Tel Aviv
Seorang individu melepaskan tembakan rambang di lebuhraya selatan Tel Aviv, Israel membunuh anggota polis dan beberapa individu.
Israel 'tutup' Gaza, usir penduduk secara besar-besaran
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya Gaza Utara dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.
KPM beri guru, sekolah autonomi dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pesawat A330NEO ditangguhkan, dijangka tiba akhir november 2024
Pada asalnya, pesawat itu dijadualkan untuk penghantaran pada September 2024, namun kini dijangka tiba pada akhir November 2024.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.
Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.
Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.
Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.
Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.
PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.
PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.
PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.