awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Kerajaan sedia guna kamera 'dashboard' untuk kenderaan penguat kuasa

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/11/2020
04:25 MYT
Dewan Rakyat: Kerajaan sedia guna kamera 'dashboard' untuk kenderaan penguat kuasa
Penggunaan alat itu dapat membantu pelbagai pihak penguatkuasaan dalam melakukan siasatan seperti kemalangan dan jenayah lain. - Gambar hiasan/Wiki
KUALA LUMPUR:Kerajaan tidak menolak untuk melaksanakan pemasangan kamera 'dashboard' atau 'dashcam' bagi kenderaan agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, kementerian itu sedia mengadakan perbincangan dengan agensi lain bagi memastikan langkah tersebut sah di sisi undang-undang dan dapat digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Malah katanya, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat untuk membekalkan alat atau peranti yang dapat digunakan sebagai bahan bukti di peringkat proses perundangan.
"Kita sedar ada negara yang boleh kita jadikan rujukan seperti United Kingdom, Perancis dan Rusia. Tapi negara seperti Austria tidak benarkan dan Switzerland tidak menggalakkan kerana ia melanggar hak persendirian.
"Bagaimanapun, penggunaan ini bawa manfaat dan kita sedar kamera ini dapat bantu agensi untuk lakukan siasatan.
"Kita boleh duduk bersama berbincang dengan agensi bagaimana mahu (hal itu) dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PKR - Ledang) ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu, Hasbi (GPS - Limbang) berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mewajibkan pemasangan alat berkenaan dalam kenderaan buat masa ini.
Katanya, perkara itu perlu diteliti dan diperhalusi memandangkan kementerian masih tidak mempunyai piawaian dan standard di peringkat antarabangsa mahupun tempatan yang khusus berhubung spesifikasi tersebut.
Bagaimanapun katanya, kerajaan tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan alat tersebut selagi ia tidak melibatkan pengubahsuaian kenderaan dan menjejaskan fokus pemanduan.
"Secara dasar kementerian tiada halangan bagi mana-mana pihak sama ada secara persendirian atau perdagangan untuk memasang kamera itu namun, ia perlu tidak melibatkan pengubahsuaian atau menjejaskan fungsi sistem keselamatan sedia ada selain tidak mengganggu tumpuan dan fokus ketika memandu," katanya
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kemalangan
#jenayah
#kerajaan
#siasatan
#keselamatan
#Parlimen
#Kamera Dashboard
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan