awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/07/2022
03:00 MYT
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Sebahagian bakal jemaah haji terkandas di KLIA akibat penipuan visa furada. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan sedaya upaya menangani kes penipuan visa furada dan syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan menunaikan ibadah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, usaha tersebut diperkukuhkan dengan kerjasama antara Lembaga Tabung Haji (TH), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta syarikat berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Ujar beliau, kebanyakan kes penipuan berada di luar pengetahuan kerajaan, termasuk insiden melibatkan lebih 280 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.
TH juga, katanya, terus memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai risiko menggunakan khidmat mana-mana pihak yang menawarkan visa furada.
"Sebab itu, kalau ada syarikat yang menawarkan (pakej haji), maka kita terus menghantar surat tunjuk sebab (kenapa) tawaran ini dibuat sedangkan kerajaan Arab Saudi belum lagi membuka kuota TH.
"Kalau ada kes-kes sebegini, kita segera bekerjasama dengan pihak polis, TH, dan dengan syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"Maka kita boleh ambil tindakan berdasarkan undang-undang," katanya pada Sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Idris menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang mahukan jaminan daripada kerajaan dan TH dalam memastikan kejadian jemaah haji yang terkandas di KLIA tidak berulang pada masa hadapan.
Mengulas lanjut, Idris berkata dalam menangani isu penipuan visa furada, orang ramai yang ingin mengerjakan ibadah haji diingatkan berurusan hanya dengan TH dan agensi-agensi pelancongan yang dilesenkan, iaitu syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan anak syarikatnya TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS).
Tambah beliau, bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.
Idris dalam pada itu memaklumkan setakat 20 Julai lalu, satu kematian melibatkan jemaah haji Malaysia telah dilaporkan berpunca daripada jangkitan kuman dan bukan disebabkan oleh COVID-19.
Bagi jemaah haji yang bergejala pula, mereka berada dalam keadaan tidak serius, katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Penipuan visa furada
#Syarikat lesen tunai haji
#Idris Jusoh
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan