KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menubuhkan war room dalam usaha menyelesaikan isu rumah terbengkalai melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib pada sidang Parlimen pada Isnin, beberapa tindakan diambil pihaknya bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Jelas Ismail, ia termasuk menetapkan syarat ketat kepada pengusaha dan syarikat perumahan sebelum diberikan projek PPR.
"Kita telah menubuhkan war room di KPKT untuk memastikan tindakan agresif dapat diambil bagi meringankan beban dihadapi pembeli, termasuklah tempoh tanggungan kecacatan untuk tempoh dua tahun bagi memastikan golongan B40 mendapati kehidupan selesa dan sebagainya.
"Kita berikan syarat ketat kepada pengusaha, syarikat perumahan supaya lesen kita keluarkan hanya berasaskan kemampuan yang ada pada pemaju perumahan.
"Kita tidak semudah dan sewenang-wenang mengeluarkan lesen bagi membolehkan pemaju melaksanakan projek perumahan sebaliknya mereka gagal dan memberikan kesan tidak baik kepada pembeli rumah," jelasnya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Machang mengenai isu itu.
Tambah Ismail, kerajaan sentiasa memastikan setiap projek diselesaikan agar tidak timbul masalah rumah PPR terbengkalai.
"Bagi rumah PPR pula tiada timbul masalah rumah PPR terbengkalai, kerana kerajaan akan pastikan rumah PPR ini siap sepenuhnya sebelum diberikan kepada pembeli.
"Di samping itu juga, kerajaan akan memastikan semua kemudahan di PPR siap untuk dinikmati oleh seluruh penduduk terdiri daripada B40," jelasnya lagi.
Tambah Ismail, beberapa inisiatif juga diambil bagi memudahkan pemilikan rumah PPR terutama kepada golongan B40.
Antaranya memperkenalkan program rent-to-own, subsidi bayaran pengurusan bulanan PPR, dan tempoh tanggungan kecacatan selama dua tahun.
Fareez Azman
Mon Mar 14 2022

KPKT telah menubuhkan 'war room' dalam usaha menyelesaikan isu rumah terbengkalai melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR). -Gambar fail/Bernama

Khutbah Arafah diterjemah ke empat lagi bahasa termasuk Tamil
Terjemahan langsung khutbah Hari Arafah, yang dianggap antara acara terpenting dalam kalendar Islam, kini diperluas dengan memasukkan empat lagi bahasa sebagai tambahan kepada 10 bahasa sedia ada.

Bimbang hilang kerja, tiada masa, alasan rakyat enggan buat saringan kesihatan
Penyakit tak pilih orang, tak pilih masa, bila-bila dan sesiapa pun boleh kena!

Cerita Sebalik Berita: Pemilihan PKR 2022 | Ini kemenangan untuk Ampang, parti - Hans Isaac
Pengarah dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyifatkan kemenangannya bagi jawatan Ketua Cabang Ampang pada Pemilihan PKR 2022 sebagai kemenangan untuk semua, khususnya buat Ampang dan parti Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac bercerita, sebagai satu parti, sudah tentu mereka akan meneruskan perjuangan dan agenda yang dibawa, tidak kira menang atau kalah.

34 premis urung lipas, lalat, tikus diarah tutup
Sebanyak 34 premis makanan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyebabkan urungan lipas, lalat dan tikus (LILATI) selain mendapat markah demerit sangat rendah.

Pemilihan PKR 2022: "Ini kemenangan untuk Ampang, parti" - Hans Isaac
Kata Hans, bukan populariti jadi kayu ukur kemenangannya.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Cerita Sebalik Berita: Penjawat awam | bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah bercerita tugasan liputannya dalam isu peluang kira-kira 1.6 juta penjawat awam membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi program pembiayaan insurans kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com.

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Harga ayam adil untuk semua pihak - Alexander Nanta Linggi
Nanta berpuas hati dengan kadar kepatuhan terhadap harga siling ayam dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

Perbankan | SME Bank catat prestasi kewangan memberangsangkan
SME Bank menambahkan jumlah asetnya kepada RM11.4 bilion dan mencatatkan peningkatan portfolio pembiayaan kasarnya sebanyak 8.3% kepada RM8 bilion semasa tahun kewangan 2021. Pengerusi SME Bank, Datuk Seri Nazir Ariff berkata, hasil disiplin kewangan yang kukuh, pendekatan pengurusan risiko yang mantap, serta kedudukan modal yang teguh membolehkan bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) sebanyak RM55.3 juta pada 2021 mengatasi sasaran RM28.4 juta.

Lelaki mengaku tidak bersalah dakwaan cabul kanak-kanak dalam lif
Lelaki berusia 30-an itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Penggantian, naik taraf lif di PPR, PA, dilaksanakan dalam lima fasa - DBKL
Kerja-kerja penggantian dan menaik taraf lif dalam lima fasa itu membabitkan kos RM169.6 juta.

Berang anak bergaduh, wanita mengandung maki jiran didenda RM100
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda tersebut.

Semangat Lebaran Kita: Artis Astro meriahkan Ramadan bersama penduduk PPR Desa Tun Razak
Astro Kasih ESG telah menyediakan keperluan asas seperti beras, gula, bihun, biskut, minuman berkhasiat dan kurma untuk setiap keluarga di komuniti tersebut.

Ayah banting tulang demi anak sakit jantung
Seorang bapa yang sudah menjangkau usia emas sanggup membanting tulang memandu lori barang bagi menampung kos ubat-ubatan anaknya.

Dewan Rakyat: KPKT tubuh 'war room' selesai isu rumah terbengkalai - Ismail
Ia termasuk menetapkan syarat ketat kepada pengusaha dan syarikat perumahan sebelum diberikan projek PPR.

Motosikal cari rezeki rentung dalam kebakaran
Buat sementara waktu dia terpaksa meminjam motosikal adiknya atau mungkin berehat sebentar menghantar makanan.

52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat
Siasatan di lokasi kejadian mendapati kebakaran memusnahkan 48 motosikal serta empat kereta itu dipercayai bermula dari sebuah motosikal.

50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan kedai bengkel separuh kekal di Blok C PPR berkenaan dan merebak ke kawasan parkir.

KWP cadang bina parkir bertingkat di PPR Seri Anggerik
Projek di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat untuk menangani masalah parkir.