awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/11/2019
12:10 MYT
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat dasar
Perkara tersebut diumumkan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas ia dibacakan dan diputuskan kali kedua melalui undian suara. - Gambar fail
Dewan Rakyat secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 atau Belanjawan 2020 di peringkat dasar hari ini.
Perkara tersebut diumumkan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas ia dibacakan dan diputuskan kali kedua melalui undian suara.
Sebelum itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng selaku kementerian bertanggungjawab, menggulung hujah-hujah ahli-ahli Parlimen yang membahaskan RUU tersebut selama 12 hari sejak 14 Oktober lalu.
“Kerajaan ingin teruskan usaha supaya Malaysia bukan sahaja sebuah negara yang makmur, malah aman dan tenteram di mana hak rakyat semua warganegara akan dihormati, tidak dipecah belah oleh sentimen-sentimen perkauman ataupun ekstremisme oleh pihak tertentu.
“Kita kena ingat, Malaysia adalah milik semua rakyat Malaysia. Tidak ada perbezaan, tidak ada diskriminasi. Tentu ada masalah yang kita terpaksa hadapi. Tapi hanya dengan kita bersatu padu, barulah kita boleh mencapai kemakmuran bersama,” katanya mengakhiri penggulungan di Dewan Rakyat.
Perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi RUU ini akan bersambung semula di Dewan Rakyat pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#Dewan Rakyat
#Mohamad Ariff Md Yusof
#Rang Undang-Undang
#RUU
#RUU perbekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan