awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus RUU Antibuli 2025, pacu usaha wujudkan sekolah lebih selamat

Bernama
Bernama
03/12/2025
10:30 MYT
Dewan Rakyat lulus RUU Antibuli 2025, pacu usaha wujudkan sekolah lebih selamat
Azalina berkata, buat permulaan, pelaksanaan RUU tersebut akan terpakai kepada golongan berusia 18 tahun ke bawah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencatat sejarah apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025, satu inisiatif perundangan komprehensif ke arah mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan bebas daripada budaya buli.
RUU tersebut antara lain memperkenalkan mekanisme khusus untuk menerima aduan, mencegah serta menguruskan insiden buli di institusi pendidikan dan institusi lain yang ditetapkan. Ia turut diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Melalui rang undang-undang itu, sebuah Tribunal Antibuli akan ditubuhkan sebagai badan berbidang kuasa sivil bagi mendengar dan memutuskan aduan berkaitan kes buli, sekali gus menyediakan laluan penyelesaian yang lebih cepat, adil dan berstruktur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan berkata buat permulaan, pelaksanaan RUU tersebut akan terpakai kepada golongan berusia 18 tahun ke bawah.
"Saya berdiri di sini memberi komitmen, jika diizinkan Allah, tahun depan kita akan menilai keberkesanan RUU ini bagi kumpulan bawah 18 tahun, dan pada 2026 kita akan mengkaji perluasan pelaksanaan kepada mereka berusia 18 tahun ke atas," katanya.
Topic Berkaitan
#RUU Antibuli 2025
#Zara Qairina Mahathir
#budaya buli di sekolah
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan