awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2020
03:28 MYT
Dewan Rakyat maklumkan kekosongan kerusi Batu Sapi
Azhar memaklumkan SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan diterima. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.
Ia berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan bahawa SPR perlu mengisi kekosongan luar jangka kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.
“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Liew yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) sebelum ini menerima rawatan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Batu Sapi
#Sabah
#SPR
#Azhar Azizan Harun
#Art Harun
#speaker Dewan
#PRK
#kekosongan luar jangka
#Liew Vui Keong
#pilihan raya kecil
#kerusi Parlimen
#Parlimen Batu Sapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan