KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) memberikan keadilan kepada orang yang ditahan dalam mendapatkan hak dari segi undang-undang.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, SOSMA juga tidak boleh disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan oleh kerajaan pada 2012.
SOSMA, jelas beliau, menyediakan peruntukan-peruntukan yang menghormati hak individu seperti termaktub di Seksyen 5 iaitu membenarkan orang yang ditahan untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihan mereka dan peluang jaminan sekiranya memenuhi kriteria.
"Kita tidak perlu membuat perbandingan antara Akta Kesalahan Keselamatan (ISA) 1960 dan SOSMA 2012. Banyak perbezaan dan perkara-perkara yang digubal untuk membuktikan SOSMA adalah satu akta memberi peluang dan hak yang cukup untuk orang tahanan dari sudut undang-undang.
"Jika kita ingin berhujah mengenai konsep keadilan, seperti yang saya tegaskan, akta ini juga memberikan keadilan buat orang yang ditahan seperti peluang untuk berjumpa peguam dan kes-kes kesalahan keselamatan ini juga dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
"Perlu diingat, keadilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas... saya nak maklumkan keadilan perlu dilihat dalam konteks yang lebih dan keselamatan negara serta rakyat secara keseluruhan adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan.
"Kita tidak boleh berkompromi dengan anasir-anasir yang mengancam keselamatan negara dan tugas pihak PDRM serta semua agensi keselamatan dalam negara adalah bagi memastikan negara ini aman dan selamat untuk didiami," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Hamzah (Bersatu-Larut) berkata demikian ketika membentangkan semula Subseksyen 4(5) SOSMA di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua.
Minggu lepas, KDN berjaya membatalkan keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA untuk lima tahun lagi.
Mencadangkan lagi, Hamzah berkata, di bawah Subseksyen 4(3) pula dinyatakan dengan jelas bahawa tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen tersebut semata-mata atas kepercayaan politik atau aktiviti politiknya.
Bagaimanapun, kata Hamzah, ia tidak bermakna seseorang ahli politik itu kebal daripada siasatan di bawah SOSMA dan boleh diambil tindakan jika didapati melakukan kesalahan.
Sementara itu, menyentuh isu tahanan tanpa bicara, Hamzah menjelaskan, SOSMA mengkehendaki orang yang ditahan perlu dituduh jika bukti mencukupi.
Perkara itu, katanya, dinyatakan di dalam Seksyen 12 SOSMA iaitu semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.
Tempoh 28 Hari
Mengenai tempoh masa 28 hari untuk melakukan siasatan, Hamzah sekali lagi mengulangi bahawa ia sangat penting kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan masa terutamanya bagi meyakinkan saksi-saksi untuk memberikan pernyataan
Begitupun, beliau berkata, secara realitinya pihak polis hanya mempunyai tempoh 21 hari untuk membuat penyiasatan memandangkan kertas siasatan yang telah lengkap perlu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh seminggu sebelum 28 hari.
"Sekiranya berdasarkan penilaian oleh Jabatan Peguam Negara terdapat bukti-bukti yang menyokong penglibatan seseorang yang ditangkap, maka tindakan pendakwaan di mahkamah akan dibuat.
"Dalam tempoh siasatan tersebut juga, pihak polis perlu mengkaji segala maklumat hasil siasatan mahupun mendapatkan maklumat dari agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Tempoh ini amat kritikal di mana agensi yang dirujuk tersebut perlu membekalkan maklumat yang diperlukan oleh pihak polis di dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum tamatnya 21 hari siasatan.
"Tambahan pula, tangkapan yang melibatkan kesalahan- kesalahan seperti penyeludupan migran dan keganasan memerlukan kerja-kerja penyiasatan yang lebih mendalam dan terperinci sekaligus menjadi lebih rumit berikutan golongan ini mempunyai rangkaian luar negara serta ideologi tersendiri," ujar beliau lagi.
Justeru, Hamzah menegaskan, kes merentasi sempadan itu memerlukan bantuan dari negara luar bagi tujuan pengumpulan maklumat dan permohonan tersebut memerlukan masa yang lama.
Hasimi Muhamad
Tue Jul 26 2022
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, SOSMA tidak boleh disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dimansuhkan oleh kerajaan pada 2012 - Foto/Jabatan Penerangan
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Parlimen: Hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang tidak boleh dinafikan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.
Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun KDN menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kelantan terbuka bincang isu pangkalan haram dengan KDN
Kerajaan Kelantan bersedia mengadakan perbincangan dengan KDN mengenai isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri itu.
'Saya pelawa Human Rights Watch berjumpa saya' - Saifuddin
Layanan tidak mesra itu termasuklah seperti tahanan didera,kematian, tempoh tahanan yang lama, layanan buruk kepada wanita dan kanak-kanak, fasiliti yang burukk dan termasuklah makanan dan ubat-ubatan
KDN terbuka cadangan perkemas Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka mengenai cadangan untuk memperkemaskan kaedah polis menangani permohonan penganjuran perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.