KUALA LUMPUR:Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun seharusnya menggunakan kedudukan, masa, tenaga, dan sumber yang ada untuk membetulkan apa yang salah di dalam sistem pentadbiran.
Jika itu dapat dilakukan, barangkali tiada kritikan atau cemuhan yang dilontarkan rakyat Malaysia terhadap perubahan imej beliau yang nyata telah menarik perhatian ramai pihak.
Itu pandangan keras yang dilontarkan Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto terhadap Ahli Parlimen Titiwangsa itu, yang didakwa tidak peka terhadap banyak isu yang melingkari kaum wanita sejak kebelakangan ini.
“Apa yang kita telah lihat ialah hasil penggambaran anda yang amat mempersonakan – tetapi itu sahaja.
“Sikap berdiam diri anda adalah bukti anda sama ada tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekeliling anda, atau anda sebenarnya tidak tahu bagaimana menguruskan situasi sebegini, yang mana agak memalukan kerana anda telah menjadi anggota Kabinet sejak 2018,” katanya lagi seperti diterbitkan portal Malaysiakini, hari ini.
Rina, merupakan antara anggota Kabinet yang kekal walaupun kerajaan telah bertukar tangan daripada Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau telah menerima kritikan pelbagai pihak kerana tidak mengeluarkan kenyataan mengenai beberapa insiden yang menimpa kaum wanita, serta isu melibatkan elemen penderaan, gangguan seksual, dan keganasan rumah tangga.
Selain itu, tular beberapa gambar beliau mengenakan busana rekaan seorang pereka tempatan telah menimbulkan lebih banyak kemarahan pihak berkenaan, yang dikatakan tidak sensitif dengan isu-isu berkaitan portfolio yang beliau pegang.
Mengulas lanjut, Patto berkata, agak mengecewakan melihat Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM hanya berdiam diri, dan tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang melingkari spektrum kementerian mereka.
Ujarnya lagi, sejak dua bulan lepas pelbagai kejadian yang menggemparkan berlaku, termasuk gadis berusia 16 tahun didakwa dirogol di dalam lokap polis di Sarawak, dan kanak-kanak berusia 7 tahun mati dipercayai akibat didera.
BACA: Polis sedang siasat kes wanita dakwa anggota polis minta tunjuk payudara untuk elak disaman
BACA: Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas
BACA: Lemas dalam tong: Pasangan suami isteri didakwa bunuh, dera 'Adik Amir'
Terbaharu, Patto turut menyebut bagaimana beberapa wanita menggunakan media sosial untuk berkongsi pengalaman hak peribadi mereka telah dicabuli, termasuk dakwaan anggota penguatkuasa melakukan gangguan seksual terhadap seorang pemandu wanita.
“Tiada satu pun kenyataan keras mengenai perubahan polisi, kerjasama dengan kementerian atau agensi lain mengenai isu yang saya bangkitkan.
“Pada Disember lepas, sewaktu sesi Parlimen, Rina secara sarkastik memberitahu saya beliau memerlukan Ahli-ahli Parlimen sepert saya untuk mengingatkan beliau bagaimana untuk melakukan tugas sebagai seorang Menteri. Jadi di sini saya ingin ingatkan Rina bahawa beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia, bukan saya seorang,” kata Patto lagi.
Patto berkata, rakyat Malaysia memerlukan seorang Menteri yang boleh menjadi suara kepada golongan yang tidak mempunyai suara, serta suara kepada golongan wanita untuk menentukan polisi dan peraturan serta undang-undang di bawah KPWKM.
Firdaus Azil
Sun Feb 14 2021

Patto berkata, agak mengecewakan melihat Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM hanya berdiam diri, dan tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang melingkari spektrum kementerian mereka.

Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

COVID-19: KKM hantar 430 kakitangan tambahan ke Sarawak pada 21 April - Dr Adham
Keputusan tersebut diambil susulan lawatan dan tinjauannya ke fasiliti Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID-19 (PKRC) di Stadium Perpaduan di Kuching.

KKM cadang kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri tahun ini ditangguhkan - Adham Baba
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu susulan kes penularan COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan. Kerajaan menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung ketidakpatuhan di bazar Ramadan.

Perdana Menteri saran sektor swasta manfaatkan teknologi baharu
Beliau menjelaskan pandemik COVID-19 telah menjadi penyebab untuk mempercepat penerapan penyelesaian digital

Thailand resah, kes COVID-19 tiba-tiba semakin banyak
Pihak kerajaan dan rakyat negara itu menyedari bahawa mereka sedang berdepan penularan gelombang ketiga.

COVID-19: Bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara dan kerajaan memandang serius perkara itu.

'Saya peluk anak, azan sekuat hati'
Ketika itu angin kuat berserta hujan lebat menyebabkan bumbung rumah tercabut dan sebahagian dinding juga jatuh.

Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto
Tegas Kasthuri, negara memerlukan satu akta yang baik dan bagus bukannya akta yang tidak kuat dan memerlukan pindaan berkali-kali.

Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto
Kasthuri Patto berkata, Jika Rina Harun lebih peka sebagai seorang Menteri, orang tak kisah dengan perubahan beliau

Pindaan Belanjawan diharap bukan sekadar kosmetik - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar itu dimaklumkan terdapat beberapa pindaan kepada Belanjawan 2021 yang bakal diundi minggu ini.

Dewan Rakyat: Pekerja Malindo Air boleh failkan representasi pemulihan kerja - Saravanan
Pekerja Malindo Air yang diberhentikan serta-merta juga boleh mendapatkan bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sehingga 6 bulan.

Ciapan 'Bodoh. Bangang. Selfish' bukan untuk Tun M - Kasthuri
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Batu Kawan itu, ciapan itu ditujukan kepada Barisan Nasional (BN) dan Pas.