awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bekas PAT didakwa tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah hari ini
[TERKINI] Bekas PTD tiba di mahkamah, berdepan dua pertuduhan AMLATFPUAA
New Zealand teruskan pencarian mangsa selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di sebalik tekanan inflasi, jualan runcit diunjur berkembang 10.5% tahun ini

Dagang News
Dagang News
12/07/2022
03:45 MYT
Di sebalik tekanan inflasi, jualan runcit diunjur berkembang 10.5% tahun ini
Di sebalik tekanan inflasi, unjuran jualan perdagangan runcit Malaysia diunjur berkembang 10.5% tahun ini, menurut MIDF Research. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Di sebalik tekanan inflasi, unjuran jualan perdagangan runcit Malaysia diunjur berkembang 10.5% tahun ini, menurut MIDF Research.
Firma itu berkata, penggunaan swasta diunjurkan berkembang 7.2% pada 2022, naik semula daripada 1.9% pada 2021 dan -4.2% pada 2020, didorong oleh pasaran buruh yang bertambah baik, tekanan inflasi yang stabil dan insentif fiskal.
Malah, ia juga percaya permintaan terpendam akan berlanjutan sehingga akhir tahun ini dengan syarat tiada perubahan ketara dalam tekanan inflasi secara keseluruhan.
"Permintaan terpendam dengan insentif fiskal yang menyokong dan keadaan makro akan memacu prestasi perdagangan runcit pada 2022.
“Melihat kepada asas peratusan bulan ke bulan, perdagangan runcit keseluruhan melonjak 5.1% dengan semua subkomponen mencatatkan kadar pengembangan positif dan terutama perbelanjaan untuk bahan api automotif meningkat 10.1% bulan ke bulan dalam persekitaran musim perayaan dan tempoh cuti sekolah,” katanya dalam nota kajian pada Jumaat.
Pada Mei, nilai jualan perdagangan borong dan runcit negara sekali lagi mencatatkan rekod baharu dengan mencatat pertumbuhan 19.9% tahun ke tahun untuk mencatatkan RM129.8 bilion, tertinggi sejak 2013.
Mengikut statistik terbaharu dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia itu, ia menunjukkan momentum peningkatan itu kekal sejak Mac, yang naik sebanyak 9.8%.
Peningkatan pada Mei disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat RM13 bilion atau 29.9% kepada RM56.3 bilion.
Sehubungan itu, MIDF Research menjangkakan perbelanjaan domestik dijangka kekal pada momentum menaik disokong oleh asas ekonomi yang kukuh.
Mengenai pertumbuhan jualan perdagangan pengedaran, katanya, tekanan harga secara keseluruhan di Malaysia kekal stabil walaupun inflasi makanan meningkat, susulan daripada harga bahan api runcit yang dihadkan.
“Kami menjangkakan sektor penggunaan dan perkhidmatan swasta menyumbang lebih kukuh pada suku kedua dan separuh kedua pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 dalam persekitaran permintaan dalam negeri yang kukuh," katanya.
Pada sama sama, menurutnya, pembukaan semula sempadan antarabangsa akan meningkatkan aktiviti pelancongan secara sederhana, namun, masih di bawah paras sebelum pandemik. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#MIDF Research
#tekanan inflasi
#jualan perdagangan runcit
#Jabatan Perangkaan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan