awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 memanusiakan sistem pendidikan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah terima wang haram RM145,000, kes dipindah ke Mahkamah KL
Ringgit dibuka hampiri paras tertinggi lima tahun berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Bekas PAT didakwa tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2026
01:00 MYT
[TERKINI] Bekas PAT didakwa tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah hari ini
Mohd Nizam ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan termasuk salah guna kuasa dan pecah amanah pada Jumaat.
Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Mohd Nizam, 59, akan disebut di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu memaklumkan Mohd Nizam akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 susulan siasatan salah guna kuasa dan siasatan membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan satu pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
SPRM turut mengesahkan, dua lagi pegawai kanan ATM kini berada di peringkat akhir dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
"SPRM menegaskan komitmen berterusan suruhanjaya ini dalam memastikan setiap kesalahan rasuah dan salah guna kuasa ditangani secara tegas, telus dan tanpa sebarang kompromi, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya.
Pada 7 Januari lalu, bekas Pegawai Tentera Darat (PTD) bersama dua isterinya ditahan oleh SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Kementerian Pertahanan
#SPRM
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan