awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dia pergi dalam tidur, aman" - Isteri Allahyarham Zainal Abidin

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2018
12:27 MYT
"Dia pergi dalam tidur, aman" - Isteri Allahyarham Zainal Abidin
Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin menabur bunga ke pusara suaminya bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. - Foto Bernama
Jenazah bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh, Nibong Tebal patang tadi.
Jenazah dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta rakan Allahyarham.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Sungai Acheh,selepas solat Asar yang turut disertai lebih 1,000 jemaah.
Allahyarham Zainal Abidin meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 2 pagi tadi akibat penyakit kanser darah.
BACA: Abang ipar Syatila Melvin meninggal dunia
Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya, Nur Syafiqa Amirol Melvin.
Terdahulu jenazah Allahyarham Zainal Abidin dibawa ke kediaman bapanya di Kampung Sungai Setar Kechil, untuk penghormatan terakhir.
Selain ahli keluarga, sahabat handai, orang kenamaan hadir memberi penghormatan terakhir.
Antara yang hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharom, barisan kepimpinan UMNO negeri Pulau Pinang serta masyarakat setempat turut hadir memberi penghormatan terakhir buat bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.
Zainal Abidin yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah daripada 2006 hingga Mac 2008.
Sementara itu, balu Allahyarham, Datin Seri Nur Syafiqa Amirol Melvin berkata, arwah suaminya tidak meninggalkan sebarang pesanan terakhir namun sempat berjumpa dengan semua anak dah ahli keluarganya dua hari lepas.
Nur Syafiqa berkata mereka sekeluarga redha dengan permergian suaminya yang disifatkan seorang yang kental dan berjuang hingga ke akhir hayat melawan penyakit yang dihidapinya sejak Mac lepas.
Beliau berkata, sejak dimasukkan ke Hospital Ampang, suaminya tidak sedarkan diri namun dua hari lepas suaminya telah sedar .
"Masa sedar dua hari dia ada kita ada berhubung, cakap tidak jelas, ada tiub tetapi kia fahamlah, Allahyarham sempat jumpa anak dia dan tidak sempat bagi kata-kata terakhir. Allahyarham pergi dalam tidur, aman," katanya ketika ditemui di kediaman mertuanya di Kampung Sungai Setar Kechil, di sini.
Topic Berkaitan
#jenazah
#keluarga
#Ketua Menteri
#menteri
#Nur Syafiqa Amirol Melvin
#Parlimen
#Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Acheh
#UMNO
#Zainal Abidin Osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan