KUALA LUMPUR: Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan juga dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika kerisauan dan kepayahan masih melanda.
Tidak kurang juga pakar yang cuba memberi perspektif berbeza, supaya dapat dilihat sisi positif acara itu pada ketika dan waktu tidak menentu ini, dengan mengatakan ia menjadi medan belajar mengendalikan proses demokrasi itu dalam norma baharu.
Ditegaskan supaya prosedur operasi standard (SOP) perlu tetap dipatuhi, tidak kira sesiapapun baik rakyat marhaen apatah lagi ahli-ahli politik dan pemimpin tertinggi parti. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan juga telah melarang sebarang bentuk aktiviti pertemuan untuk tujuan berkempen.
Namun, apakah SOP yang khusus untuk setiap perjalanan proses pilihan raya? Kalau tidak boleh ada acara perhimpunan, apakah batasnya untuk parti-parti berkempen? Bagaimanakah aturannya ketika hari mengundi?
Masih belum ada. Dan kurang dua minggu lagi pentas pertandingan akan dibuka dengan hari penamaan calon pada 8 November ini.
Apapun cabaran dan kekangan yang dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia perlu disegerakan. Paling penting, ia perlu mengambil iktibar sebaik-baiknya daripada apa yang berlaku di Sabah tahun lepas.
Mungkin keadaannya berbeza antara kejadian September 2020 itu dengan hari ini, di mana ketika itu vaksin masih belum ada dan meluas disuntik kepada rakyat, berbanding hari ini yang rata-rata rakyat seluruh negara yang divaksin sudah mencapai 90 peratus.
Namun terbukti juga bahawa mereka yang sudah disuntik dua dos pun masih berdepan risiko dijangkiti COVID-19, dan perlu diingat juga majoriti golongan kanak-kanak masih belum divaksin.
Anda mungkin sudah dilindungi sepenuhnya dan tidak merasai sebarang gejala, namun masih juga berupaya menjadi membawa dan, minta dijauhkan, berpotensi menjadi ‘superspreader’ - jika SOP tidak dijaga.
Hal ini sudah umum diketahui, sudah diuar-uarkan banyak kali, tetapi suka untuk diingatkan sekali lagi kerana kita ini mudah lupa, lagi-lagi apabila didepani soal kuasa.
Andai institusi yang diharapkan tidak dapat melunaskan tuntutan tanggungjawabnya dengan baik pada ketika diperlukan, seluruh anggota masyarakat lain perlu bertindak supaya negara ini tidak kembali tersungkur dibadai virus durjana itu sekali lagi, dek kealpaan kita.
Bagaimana kita dapat memainkan peranan kita? Kita bincangkan bersama pakar kesihatan keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah; mantan ahli tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G. Manimaran; dan pakar ekonomi Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari di pentas Dialog Tiga Penjuru.
Malam ini jam 8.30, hanya di saluran 501 dan astroawani.com.
Israr Khalid
Thu Oct 28 2021
Bagaimana kita dapat memainkan peranan kita? Saksikan Dialog Tiga Penjuru jam 8.30 malam ini.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Gubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap, pastikan Kerajaan kekal hingga hujung penggal - Penganalisis
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu digubal dan diluluskan untuk menghentikan sebarang polemik mengenai perubahan tampuk pentadbiran Kerajaan.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Tahfiz kekurangan dana risiko abai keselamatan, kebajikan - Yayasan Pendidikan Khalifah
Aspek kebajikan dan gaji guru juga mungkin tidak dijaga dengan teratur, jika tiada pemantauan pihak kerajaan.
Dasar pendidikan mesti konsisten, untuk semua, bukan individu - PERPEMA
Satinah berkata, pihak kementerian juga perlu terbuka untuk menerima sumbang saran daripada pihak swasta.
Pendidikan: Dasar sering berubah punca berlaku defisit kepercayaan - Samuel Isaiah
Ibu bapa mahukan kestabilan pelaksanaan dasar yang konsisten apabila mereka melabur untuk masa depan anak-anak mereka.
Normalisasi hubungan negara Arab, Israel adalah tidak sihat - Dewan Pemuda Pas
Tindakan normalisasi hubungan negara arab dengan Israel adalah tidak sihat, serta menunjukkan kesatuan negara Islam yang rapuh dalam mengecam kezaliman rejim zionis.
Mansuh hukuman mati mandatori beri hakim pilihan lebih luas - Peguam
Hukuman mati masih dikekalkan untuk jenayah tertentu, khususnya melibatkan jenayah berat.
Tingkatkan mekanisme pencegahan jenayah di samping kekalkan hukuman mati - Penganalisis
Usaha pencegahan jenayah oleh kerajaan adalah tidak mencukupi dan seharusnya aspek tersebut perlu menjadi keutamaan pembuat dasar.
'Pembangkang mesti bentang dasar alternatif jika tidak setuju dengan kerajaan'
Pembangkang bertanggungjawab menawarkan dasar alternatif, untuk menjana persaingan idea yang matang dan mantap.
Pendekatan Madani dalam Belanjawan 2023 bentuk ekonomi manusiawi - ABIM
Belanjawan Malaysia Madani perlu sentuh aspek kemakmuran hidup rakyat dalam konteks lebih besar daripada sekadar ukuran pada angka.