Siapa kata media sosial tidak membawa kebaikan? Hanya kerana kisah dua pengutip tin ini viral di media sosial, kehidupan sekeluarga itu kini tampil lebih berseri.
Uncle Keong dan ibunya yang berusia 80 tahun dikatakan bangun seawal 2.30 pagi untuk bekerja, untuk mencari barang-barang yang boleh dikitar semula di sekitar bandar Kampar, Perak untuk dijual bagi menyara keluarga mereka.
Kisah mereka pada mulanya dikongsi oleh seorang netizen bernama Jay Ren di laman Facebooknya pada awal bulan Mac lalu.
Menerusi satu kenyataan Facebook, Jay Ren yang berusia 23 tahun itu berkongsi kisah bagaimana dia bertemu mereka di sekitar Kampar.
Selepas mengadakan satu sesi bual bersama mereka, Jay Ren mendapati Uncle Keong terpaksa kerja seawal 2 pagi bersama ibunya kerana beliau terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada lima orang anak.
Oleh kerana beliau harus menghantar mereka ke sekolah serta menyediakan makanan tengah hari, beliau tidak dapat melakukan kerja itu pada waktu siang.
Difahamkan, Uncle Keong pernah bekerja di sebuah kilang elektronik tetapi kilang tersebut telah ditutup beberapa tahun yang lalu, dan satu-satunya cara untuk terus hidup adalah untuk mengumpul semua barangan ini yang akan dijual pada kira-kira RM20 hinggan RM30 sehari.
Kenyataan tersebut kemudian mula viral di media sosial sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Menurut Jay Ren, selepas beberapa hari dia berkongsi kisah mereka di media sosial, ramai pihak telah menghubungi dia untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga Uncle Keong.
Menurut Uncle Keong kepada Jay Ren, ada juga beberapa pihak telah mengambil tanggungjawab untuk membayar yuran sekolah dan tuisyen bagi anak-anaknya sehingga akhir tahun ini.
Selain itu, keluarga itu turut menerima pelbagai sumbangan daripada beberapa organisasi serta orang awam.
Menurut Jay Ren, Uncle Keong bertemu dengannya beberapa hari lalu untuk mengucapkan terima kasih atas bantuannya.
Uncle Keong berkata, selepas kisahnya menjadi viral di media sosial, beban yang dipikul selama ini sudah pun ringan.
Kohilah Sekaran
Tue Apr 19 2016
Hanya kerana kisah dua pengutip tin ini viral di media sosial, kehidupan mereka kini tampil lebih berseri. - Facebook Jay Ren
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Dibantu netizen, beban hidup pengutip tin semakin ringan
Hanya kerana kisah dua pengutip tin ini viral di media sosial, kehidupan mereka kini tampil lebih berseri.