PASIR MAS: Polis Thailand mendedahkan ejen kosmetik Rosnazirah Mohd Naim atau Azie yang diculik beberapa lelaki di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu telah berjaya dikesan di Laos.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Jeneral Wan Seman Wan Salleh berkata, berdasarkan maklumat diperolehi daripada polis Kelantan, pihaknya telah mengarahkan supaya 19 ketua polis di dalam wilayah Narathiwat agar membantu mengesan wanita terbabit.
Beliau berkata wanita tersebut kemudiannya berjaya ditemukan di satu kawasan di Laos iaitu kawasan bersempadan dengan Wilayah Nong Khai, Thailand.
"Pihak Imigresen Nong Khai telah menghubungi pihak Laos agar menghantar wanita tersebut ke Thailand sebelum dihantar ke Pejabat Imigresen Bangkok.
"Dari Bangkok mangsa kemudiannya dihantar pulang ke Kuala Lumpur dan dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Wan Seman sebelum itu hadir pada Majlis Maulidur Rasul di Masjid Jenerih 7, Pasir Mas yang dianjurkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Hadir sama, Ketua Polis Sungai Golok, Pol Kol Pratya Baite.
Beliau berkata polis Narathiwat akan terus menjalinkan hubungan erat dengan polis Kelantan khususnya dalam isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan seperti pengedaran dadah, senjata api dan pendatang tanpa izin.
Ejen kosmetik berusia 36 tahun itu telah selamat kembali ke pangkuan keluarga pada 4 Oktober lepas.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata Polis Kelantan akan terus memperkukuhkan hubungan dengan Polis Wilayah Narathiwat, Thailand termasuk mempertingkatkan pertukaran maklumat dalam apa jua isu berkaitan jenayah rentas sempadan.
Beliau berkata buat masa sekarang hubungan di antara kedua-dua pasukan tersebut adalah di peringkat terbaik dan akan berterusan.
Katanya pertukaran maklumat bukan sahaja antara Ketua Polis namun turut melibatkan Ketua Polis Daerah yang bersempadan.
"Kita berharap hubungan baik ini akan berterusan terutamanya dalam menangani apa-apa isu di sempadan seperti penyeludupan dadah, senjata api dan pendatang haram.
"Segala maklumat yang dikongsi adalah penting supaya segala isu di sempadan dapat ditangani dengan lebih baik," katanya.
Astro Awani
Fri Oct 14 2022

Wan Seman (dua, kanan) hadir pada Majlis Maulidur Rasul di Masjid Jenerih 7, Pasir Mas yang dianjurkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.- Foto Astro AWANI

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Gempa bumi: MRA lancar tabung bantu mangsa di Turkiye, Syria
MRA merayu orang ramai untuk menyumbang bagi membantu agensi itu menyalurkan bantuan kepada dua negara tersebut.

Polis sahkan tiada NGO di Johor terlibat kongsi gelap
Polis Johor mengesahkan tiada badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

China tolak adakan rundingan selepas 'belon' ditembak jatuh - Pentagon
Beijing menolak tawaran untuk mengadakan rundingan selepas Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh belon pengintip yang didakwa milik China.

6 maut, 9 cedera van terbabas ketika turun Genting Highlands
Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di sini, pada Rabu.

Dewan Rakyat | Semua ‘backbencher’ disaran sertai jawatankuasa khas
Semua Ahli Parlimen yang tidak memegang sebarang jawatan eksekutif disaran untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Gempa Turkiye | Agong seru rakyat Malaysia salur bantuan kemanusiaan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia salurkan bantuan kemanusian kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Angka korban di Turkiye dan Syria melepasi 8,700
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 8,700 setakat ini.

Dakwaan Nepotisme | Johari nafi anak memegang sebarang jawatan kerajaan
Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataannya bahawa tiada sebarang pelantikan jawatan kerajaan dibuat ke atas anaknya, Mohammed Iqbal setakat ini, sekali gus menafikan beliau mengamalkan nepotisme.

Perak harap peruntukan RM3 billion dimasukkan dalam Belanjawan 2023
Peruntukan itu antaranya untuk menaik taraf di laluan Jalan Raya Timur-Barat serta menyelesaikan masalah kekurangan katil di HRPB.

Dibawa lari ke Laos, polis Thailand dedah operasi selamatkan ejen kosmetik, Azie
Polis Thailand mendedahkan ejen kosmetik yang diculik dan dilarikan beberapa lelaki pada 13 September lalu berjaya dikesan di Laos.

Culik ejen kosmetik: PDRM kenal pasti beberapa suspek, motif kejadian - Acryl Sani
Buat masa ini, usaha menjejaki suspek berkenaan sedang giat dilakukan oleh PDRM.