Skip to main content

Malaysia

Jaslinda sudah ditemui - Polis

https://www.sinarharian.com.my/article/782702/berita/semasa/jaslinda-sudah-ditemui---polis
Gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial. - Gambar Sinar Harian

TAPAH: Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh, dan penemuan beliau dimaklumkan oleh komuniti Orang Asli setempat kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin mengesahkan penemuan itu ketika dihubungi Sinar Harian dan berkata, kenyataan media rasmi mengenai kejadian tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Terdahulu, gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan itu turut tular di media sosial. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement