awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dibelasah hingga maut angkara dendam, cemburu

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2023
00:00 MYT
Dibelasah hingga maut angkara dendam, cemburu
Mangsa mengalami bengkak dan lebam di kedua-dua belah mata selain luka pada hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga. - Gambar hiasan
SERDANG: Dendam dan cemburu dipercayai menjadi motif seorang pemandu lori maut dipukul di sebuah pangsapuri di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan dijalankan mendapati adik mangsa (pengadu) menerima panggilan telefon daripada rakannya pada jam 7.15 pagi memaklumkan abangnya didatangi sekumpulan individu di lokasi kejadian.
"Teman wanita abangnya itu memaklumkan mangsa dipukul oleh individu terbabit sebelum dibawa keluar dari apartment berkenaan
"Rakan pengadu menerima panggilan daripada seorang individu dipercayai suspek memaklumkan mangsa berada di Unit Kecemasan Hospital Cyberjaya kira-kira jam 11.30 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, adik mangsa bergegas ke Hospital Cyberjaya dan dimaklumkan abangnya yang berusia 31 tahun itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.
"Pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa mendapati kedua belah mata bengkak dan lebam selain mengalami luka pada hidung serta pendarahan di kedua-dua belah telinga.
"Siasatan turut mendapati motif pembunuhan berpunca perasaan dendam dan cemburu terhadap mangsa," katanya.
Ujar Anbalagan, pihaknya telah mengenal pasti lima individu dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan kesemua suspek terlibat sedang dijalankan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#Polis Serdang
#pemandu lori dipukul
#belasah hingga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan