awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dibuli senior kerana berebut pelajar perempuan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/01/2022
17:01 MYT
Dibuli senior kerana berebut pelajar perempuan
Mangsa cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki. - Gambar/ Ihsan PDRM
MELAKA TENGAH: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat sebuah sekolah teknik di sini cedera selepas dipukul oleh kumpulan pelajar senior, dipercayai gara-gara berebut pelajar perempuan.
Kejadian kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu itu dikatakan berlaku di sebuah bilik asrama sekolah berkenaan sehingga mengakibatkan mangsa cedera di bahagian belakang badan, dada dan kaki.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima laporan daripada abang mangsa pada petang Ahad.
“Mangsa mulanya dipanggil untuk berjumpa dengan pelajar tingkatan lima di bilik asrama yang mana terdapat kira-kira 10 senior kononnya bertanyakan hal berkaitan rokok elektronik sebelum dia didakwa dipukul beramai-ramai.
“Berdasarkan laporan dibuat, mangsa mendakwa dibuli kerana isu berkenaan, namun siasatan lanjut mendapati motif kejadian itu berpunca daripada perebutan seorang pelajar perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut katanya, kesemua 10 pelajar senior yang didakwa memukul mangsa sudah dirakamkan keterangan oleh polis.
Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan lanjut masih diteruskan.
“Belum ada apa-apa tangkapan setakat ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#kes buli
#asrama
#sekolah teknik melaka
#berebut perempuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan