Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding di lapan kerusi setakat 10 pagi - SPR

GPS menang tanpa bertanding di lapan kerusi DUN termasuk Gedong, sekali gus menguasai kerusi awal menjelang pembentukan kerajaan negeri pada PRN Sarawak ke-13. --fotoBERNAMA
GPS menang tanpa bertanding di lapan kerusi DUN termasuk Gedong, sekali gus menguasai kerusi awal menjelang pembentukan kerajaan negeri pada PRN Sarawak ke-13. --fotoBERNAMA
Advertisement

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang tanpa bertanding di lapan daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas tamat proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 10 pagi ini, kerusi berkenaan ialah Gedong yang diwakili Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Tanjong Datu ( Azizul Annuar Adenan) dan Tupong (Fazzrudin Abdul Rahman).

Turut menang tanpa bertanding ialah Yussuf Chik di DUN Simunjan,  Sebuyau (Julaihi Narawi), Beting Maro (Awg Nashfarini Awg Sarbini), Daro (Safiee Ahmad) dan Katibas (Lidam Assan).

Advertisement

Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri ialah 42 kerusi.

Dapatkan berita terkini PRN Sarawak ke-13 menerusi https://election.bernama.com/prn/sarawak/2026/.

Advertisement

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement